Wednesday, December 9, 2009

si ikan kaloi...


masa gambar ni aku snap..terbayang di benak pikiran ku...
bait2 lagu lama...
dalam cter bawang putih bawang merah...
bila mak si bawang merah di campak dalam perigi oleh mak si bawang putih dan si putih...
and then maknya si bawang merah jadi ikan kaloi...
bila bawang merah nak bagi mak dia makan...
dia ada nyanyi lagu ni...

berikut adalah bait2 lagu itu...hehe...

hayatilah bersama...

Wahai perigi, perigi, airnya biru,
Tempat bermain, bermain, pari dan mambang,
Mohon izinkan hamba merayu ibu,
Izinkan hamba merayu ibu,
Bagi penawar, hatiku yang bimbang,
Wahai bonda, ibu kandungku.


Wahai bondaku, bondaku, si ikan kaloi,
Timbullah bonda oiii timbullah, tunjukkan diri,
Nasi melukut dengan sayur keladi,
Nasi melukut, sayur keladi,
Untuk bondaku, di pagi hari,
Wahai bonda, ibu kandungku.


Mana mungkin air mata tidak berderai apabila terkenangkan seseorang yang kita sayangi iaitu ibu kita sudah tiada. Siapa pun yang kehilangan ibu akan merasa kehilangan sehelai jiwa suci yang senantiasa merestui dan memberkatinya. Ibu adalah jiwa keabadian bagi semua wujud. Penuh cinta dan kedamaian.

Benar bahawa kasih ibu kepada anaknya tak terbatas. Pengorbanan ibu jika dihitung tidak akan terbalas oleh seorang anak. Ibu adalah segalanya. Ibu adalah penegas kita dikala lara. Ibu adalah mata air cinta.

Kepada sesiapa rasa kasih sayang sudah tiada, ataupun berkurang, terhadap ibu, fikir-fikirlah semula. Renung-renungkanlah jasa dan pengorbanan ibu.


No comments:

Post a Comment