Friday, December 25, 2009

"inilah ragam manusia...barangkali..."

salam satu islam...(xkan salam satu malaysia je kot..)
smalam masa menemani seorang sahabat jumpa dgn sahabatnya(jgn pening dengan ayat ni...hehe),
aku ditanya tentang latar belakang pendidikan...
blajar kat mana?
aku jawab la UiTM..ambik jurusan pentadbiran perniagaan..
pengkhususan marketing...
org tu pun dgn selambanya ckp,agak2 boleh dapat kerja ke blaja dalam bidang ni...
aku pun tersedak...
hei,what's wrong with this guy?
die pun selamba je ckap...
abg dulu blaja bidang .....(terpaksa di rahsiakan..takut terjejas identiti..)
abis2 je blaja,trus dapat keje...
bidang tu laku...
abg keje ngan syarikat ***********
nampak sgt die menghina aku yg ambik jurusan 'cikai' pada hemat dia...
so aku tersenyum even rasa dah lain dalam hati...
"rileks li..pasni ada la ruang utk kau perbetulkan 'pendirian' dia.."

kemudian menyambung ayatnya...
abg keje starting gaji RM2,500.00
kerje 5 tahun,da leh pkai kete..(sambil tangannya tunjuk kearah PERDANA V6)
aku pun wat la ekspresi muka cam kagum...
pastu,die sambung lagi...
aw kalo ambik kos bisness camni,mmg kena fight gla2 la ngan org ramai...
skang ni ramai yg nk keje...
sampai bila2 la kamu akan jadi kuli...
aku senyap je...

then,cerita tu tutup la kat situ...
sambil aku hirup milo panas and makan mee goreng basah, kepala otak aku ligat memikirkan ape yg brader tu sebut...
mcm2 soalan aku tanye diri aku yang mana aku pikir,manusia ni kalo terlalu pandai akan jadi terlalu bodoh...
aku terlintas pada cerita AHMAD ALBAB...
if korang ingat die punya skrip,bapak si mastura dgn bongkaknya berkata...
"kebahagiaan hidup bukan terletak ditangan TUHAN tapi ditangan BAPAK.."

aku cuba relate kan story dalam ahmad albab dgn situasi yg menimpa aku...

bukan ke abg td tu mcm xpercaya yang rezeki semua dari ALLAH?
kenapa nak memperlekehkan bidang org...
kamu pandai dibidang kamu...
syukurlah...

dan bukankah perniagaan ini disebut oleh Nabi Muhammad SAW sebagai 9/10 pintu rezeki?
dan bukan jugakah Nabi Muhammad SAW juga seorang peniaga?
bukan jugakah rezeki Siti Khadijah bertambah dikala Rasulullah memperdagangkan barang dagangannya di Syam?

ohh..sungguh dangkal pemikiran abg td...
meletakkan rezeki semata2 hanya kepada kekuatan sijil...

kemudian setelah aku selesai makan dan minum,abg td bersuara...
blaja bidang bisness apa yg kamu dapat?

aku memulakan bicara...kali ini aku bersuara diatas platform penuntut UiTM di bidang bisness...
aku tanya abg tadi...
setujukah abg kalo sy kata abg adalah KULI...?
terkejut dia...
abg adalah kuli kepada bos abg yg bayar gaji abg RM2,500.00...
bos abg adalah ahli perniagaan..
kalo dia boleh bayar abg dgn bayaran RM2,500.00,berapa pendapatan syarikat dia?
adakah RM2,500.10?
dan abg semestinya bukan hanya seorang saje yg keje kat sana..
mesti ramai lagi...
berapa gaji dieorg?
mesti pelbagai,dan banyak bukan?
soalnya,apakah bidang perniagaan itu boleh dikategori kan sebagai 'pandai dgn sendiri-sendiri'?


bidang perniagaan adalah bidang dimana ia mencipta peluang...
peluang pekerjaan...
peluang sedakah jariah...
peluang utk mengenali lebih ramai manusia..

kenapa mesti abg hina org yg mengambil jurusan perniagaan?
dan mengapa mesti abg rasakan hanya bidang abg saje yg laku dipasaran...

saya ambik bidang ni bukan kerana ini pilihan terakhir saya...
kita x boleh jadi pandai dgn hanya duduk dan menadah otak sorang2...

Nabi Muhammad SAW walaupun seorang Nabi,tapi terpaksa ke Gua Hiraq utk menerima wahyu...

kecewa dengan sikap abg td,aku mengambil keputusan utk diam setelah aku berikan soalan dan penjelasan kepadanya...

aku 'tinggalkan' abg td utk berbual dgn sahabatnya...




bila kami selesai makan,
aku panggil pelayan utk kira...
abis semua,RM18.30....
aku buat donno je..nk tengok siapa yg belanja..
adakah abg td yg bergaji RM2,500.00 akan belanja?
dia pn senyap je..
menyebabkan pelayan terpaksa tunggu..
aku keluarkan dompet ku dan aku bayar..
bukan isunya aku nk bgtau yg aku bayar...
tapi isunya,aku belajar bisness dan aku apply dalam kehidupan..
ada untung sket2,leh buat utk belanja org..anggap sebagai sedekah...
itulah rezeki ALLAH TAALA..

abg td tiba2 bersuara
"sori la...akhir2 bulan ni lemas sket..
nak bayar kete,umah,anak tusyen,nursery,belanja dapur.."

aku jawab..
"biasalah tue.."


terlintas dibenakku,perniagaan byk membantu aku menyelesaikan banyak perkara..
kalau nak harapkan gaji?
kena mencatu lah jawabnya...

aku bangun dan tersenyum dan bersuara..

"inilah ragam manusia...barangkali.."


p/s: now da masuk 'gear 4' urusan pembinaan dewan futsal...

No comments:

Post a Comment