Friday, November 12, 2010

cita-cita tercapai...

salam..
saya pernah tulis dalam siri yg lepas, bahawa bila saya berkemampuan untuk membeli kereta,saya akan ambik hilux..
alhamdulillah,nampaknya cita-cita saya sudah tercapai..
saya hadir ke toyota beberapa minggu yang lepas untuk buat booking kereta..
and of course,saya book untuk hilux..
mula2 agak risau memandangkan saya bukan pekerja kerajaan, tp saya peniaga.
lalu saya submit loan memalui Kak Siti Khuzaimah(wakil toyota) ke bank.
dua bank,saya difahamkan ianya di submit.
Pertama Affin Bank, kedua Public Bank.
bank yang meluluskan loan tu dua2..
dengan interest rate dr Affin sebanyak 3.5%,dan Public Bank sejumlah 3.00%.
dengan kewarasan dan kesejajaran yang ada,saya memilih Public bank, dengan jumlah loan RM79,000.00. Bulanan yang perlu dibayar adalah RM930.00 selama 9 tahun.
kepastian utk memiliki jentera 4 kaki ini makin pasti dan makin menggembirakan apabila,no idaman kereta saya juga sudah pasti..
DBT 7387 akan bergerak beringinan dengan YOYOTA HILUX 2.5G Double cab.
warna?
agak memeningkan..
ramai yang mintak suruh saya pakai hitam atau putih..
mengambil jalan tengah (mcm selalu) saya campurkan dua2 warna,menjadi warna kelabu...
adil dan saksama.
saya panjatkan kesyukuran saya ini hanya kepada Allah yang Maha Esa..

Sunday, August 8, 2010

lama sangat

Assalamualaikum..
wah..terasa lama sangat tangan xmenaip.
dek kesibukan dengan hal2 yang bkaitan,saya merasa sangat2 tidak mampu meluangkan masa mencoret. tapi malam ni,sambil2 mnunggu si dia abes kelas,saya cuba menulis seberapa patah perkataan utk tatapan.

Seminggu dua ni,saya sangat sibuk menguruskan projek baru rancangan seorang kawan. sibuk dengan beberapa bisness yang agak memerlukan perhatian. saya baru tubuh syarikat baru,
M.A FATEH TRADING. mengambil nama sempena anak saudara baru, Muhammad Al Fateh. Alhamdulillah,seminggu ni da dapat bisness RM13,000 something.Untung adalah dalam RM2ribu.

kemudian sibuk ngan pengajian kuliah di Uitm. dengan beberapa kerja dan assignment yang perlu dibereskan. namun, amanah yang dipikul sebagai Deputy Class Represent atau timbalan kelas rep. ni agak memenatkan. hehe...

disamping itu,persiapan puasa juga agak menghimpit.lalu saya berfikir utk menderma beberapa buah kurma untuk santapan jiran2. harapnya termampu.

tu la dulu coretan saya. sbb perut lapar,nak p makan nasi plak..hehe..

Saturday, July 17, 2010

planner bernama Mat Jenin...




salam..
pernah kan bukan kalian diceritakan dengan ceritera rakyat seperti Mat Jenin,Lebai Malang,Si luncai dan sebagainya.

lalu ape pengajaran yang kita dapat?saya mengambil Mat Jenin sebagai contoh. seingat saya,sepanjang 23 tahun saya diberi nikmat kehidupan saya, xpernah walau sekalipun orang mengingatkan saya tentang perancangan Mat Jenin. Acap kali, pesanan seperti jgn berangan seperti Mat Jenin yang kedengaran. setelah 23 tahun dimanifestasi dengan pengajaran ke arah itu, saya cuba mengalih arah pemikiran saya dengan melihat Mat Jenin dari sudut pandangan yang agak berbeza. saya cuba mencari dimana silapnya cerita Mat Jenin itu. Apakah semua cerita rakyat ini berorientasikan kecelakaan kepada org melayu?adakah ini cerita yang direka oleh Bangsa Penjajah untuk melemahkan pemikiran melayu? cuba perhatikan hampir kebanyakan cerita ini menjatuhkan pemikiran kita. atau ianya adalah tindakan melayu berfikiran sempit yang mahu menyempitkan fikiran kita. Itu mungkin fiksi saya yang jahil pasal kesusasteraan.

Mungkin disaat mereka2 yang mengambil langkah kekanan untuk mengambil iktibar dari Sudut A,saya mahu mengambil jalan kiri. dengan melihat Mat jenin sebagai perancang yang hebat. seandainya, Mat Jenin dalam pentadbiran seseuatu perniagaan,nescaya beliau, boleh diangkat sebagai CEO. Namun apakan daya beliau mati kerana jatuh pokok kelapa. dan yang tinggal hanyalah setakat cerita dan kematian Mat Jenin tanpa kubur dan nesan.

Enggan menceritakan secara terperinci cerita Mat Jenin kerana saya cukup yakin akan ketahuan kita semua dalam cerita ini, saya cuba petik beberapa kerat dari cerita ini untuk menguatkan hujah saya.

Mat jenin ketika saatnya dia memanjat pokok kelapa, die bercita2 membeli anak ayam daripada upahnya,kemudian dibelanya ayam itu sehingga membiak dengan banyak sekali. selaps itu bolehlah dia menjualnya untuk dibelikan kambing. dijaga nya kambing sehingga membiak dan boleh diturkan dengan lembu dan kerbau. seterusnya kerbau dan lembu itu boleh dibelinya sebuah kapal dan membeli sebuah pulau dan boleh memilik seorang puteri raja.

inilah vision mat jenin. Bermula dari kecil dan bertambah besar. dan melakukan bisness diversification dengan baik. perhatikan perancangan mat jenin. Kalo ditanya pada kita, mesti visi kita berbeda. Bermula dari memanjat kelapa,kemudian menanam kelapa. tp mat jenin cekap mendivesifikasikan perniagaan itu.

walaupun usahanya nampak keterlaluan, namum masa jangka tidak boleh dalam seminggu. mat jenin mengajar supaya kita sentiasa berfikir dan bekerja. orang yang berusaha itu org yang berjaya. biarlah mereka2 itu dalam sudut A, namun saya memilih untuk berada di sudut B.

saya melihat mat jenin sebagai perancang yang Hebat.
Mat jenin: i have a dreams master plan...


gambar sekadar hiasan.respek pada KRU,pemikirannya jauh.

Sunday, July 11, 2010

kuda tunggangan

salam..
mari berceloteh tentang kuda tunggangan bagi setiap lelaki..
bila bercerita tentang kuda tunggangan,mesti setiap lelaki ada citarasa tersendiri..
ada yang menggemari superbike..ade yang menggemari skuter..namun,citarasa saya terrarah kepada extreme bike..
ape lagi kalu bukan motorcross..
saya mungkin pelik jika nak dibandingkan ngan setengah2 yang lain..namun,itulah saya...
teringin sgt memiliki sebuah motorcross atau sebuah ATV..
walaupun pelik,namun, itulah saya..

setiap hari saya berangan nak ada motorcross..sampaikan saya punya teman sehati berdansasaya pun agak gembira bahagia 'jemu' dgn celotehan saya untuk memiliki kuda tunggangan tu. hehe. to Miss Sarah,jgn bimbang,ianya sekadar kuda tunggangan saya..





























Tuesday, July 6, 2010

Muhammad Al-Fateh

sewaktu saya sedang nyenyak dibuai mimpi pada pagi ahad (27/06/2010), saya dikejutkan oleh panggilan telefon dari hospital. kakanda tercinta, Nurulhuda sudah berada di bilik bersalain. tepat Jam 8:11 am, lahirlah seorang bayi yang pertama diantaranya. kenapa saya zahirkan sebagai pertama?beliau merupakan anak sulung kakanda bersama suami tercinta. juga cucu sulung kpd kedua ayah dan bonda. dan semestinya ia merupakan anak saudara sulunung saya. apa panggilan nya nanti?Ayah ngah?tidak..saya memilih untuk dipanggil ayah li. lebih mesra begitu. walaupun sebenarnya nak nampak muda..hehehe...

Saya bertanya kepada abang ipar saya. siapa nama anak nanti. Ringkas dan bersahaja, beliau menjawab, MUHAMMAD AL-FATEH. Sepanjang perjalanan pulang saya dari kota bharu,kepala saya ligat memikirkan,kenapa MUHAMMAD AL-FATEH? kemudian saya jujurkan persoalan saya kepada apa yang kita namakan sebagai pencarian internet. saya taip MUHAMMAD AL-FATEH, kemudian, keluar satu nama yang saya yakin mengubah persepsi saya pada nilai sebuah nama yang digelar MUHAMMAD AL-FATEH.

SULTAN MUHAMMAD AL-FATEH,

PENGENALAN

Baginda dilahirkan pada 29 Mac 1432 Masihi di Adrianapolis (sempadan Turki – Bulgaria). Walau bagaimanapun, sejarah hidup Baginda sebenarnya telah bermula hampir 800 tahun sebelum kelahirannya kerana telah disebut sebagai “sebaik-baik raja” di dalam Hadis tadi. Baginda juga dikenali dengan gelaran Muhammad Al Fatih kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.

Baginda menaiki takhta ketika berusia 19 tahun dan memerintah selama 30 tahun (1451 – 1481). Baginda merupakan seorang negarawan ulung dan panglima tentera agung yang memimpin sendiri 25 kempen peperangan. Baginda mangkat pada 3 Mei 1481 kerana sakit gout. Ada ahli sejarah berpendapat Baginda mangkat diracun.

PENDIDIKAN

Baginda menerima pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu. Di dalam bidang keagamaan, gurunya adalah Syeikh Shamsuddin Al Wali dikatakan dari keturunan Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq ra. Di dalam ilmu peperangan pula, Baginda diajar tentang tektik peperangan, memanah dan menunggang kuda oleh panglima-panglima tentera.

Guru al-fatih berserban putih di sebelah kuda

Di dalam bidang akademik pula, Baginda adalah seorang cendekiawan ulung di zamannya yang fasih bertutur dalam 7 bahasa iaitu Bahasa Arab, Latin, Greek, Serbia, Turki, Parsi dan Hebrew. Di dalam bidang Ilmu Pemerintahan pula, ayahanda Baginda , Sultan Murad II, dengan tujuan mendidik, semasa pergi bersuluk ke Pulau Magnesia, telah melantik Baginda yang baru berusia 12 tahun memangku jawatan Khalifah. Dalam usia semuda ini Baginda telah matang menangani tipu helah musuh.

KEPERIBADIAN

Baginda sentiasa bersifat tawadhu’ dan rendah diri . Semasa membina Benteng Rumeli Hissari, Baginda membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir hingga ulamak-ulamak dan menteri-menteri terpaksa ikut sama bekerja

Baginda seorang yang sentiasa tenang, pendiam, berani, sabar, tegas dan kuat menyimpan rahsia pemerintahan. Baginda sangat cintakan ulamak dan selalu berbincang dengan mereka tentang permasalahan negara.

PERSIAPAN AWAL MEMBEBASKAN CONSTANTINOPLE

Selama 2 tahun selepas menaiki takhta, Baginda mengkaji pelan Kota Costantinople setiap malam bagi mengenal pasti titik kelemahannya. Baginda juga mengkaji sebab-sebab kegagalan kempen-kempen terdahulu serta berbincang dengan panglima-panglima perangnya tentang tentang strategi yang sesuai untuk digunakan.

Baginda mengarahkan dibina peralatan perang termoden seperti meriam besar yang boleh menembak bom 300 kg sejauh 1 batu. Benteng Rumeli Hissari dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang 5 batu dari Kota Constantinople di mana Selat Bosphorus adalah yang paling sempit. Ia dibina bertentangan dengan Benteng Anadolu Hisar di tebing sebelah Asia yang telah dibina oleh Sultan Bayazid Yildirim dahulu. Benteng ini mengawal rapi kapal-kapal yang melintasi Selat Bosphorus. Perjanjian damai dibuat dengan pihak Wallachia, Serbia dan Hungary untuk memencilkan Constantinople apabila diserang nanti.

Baginda membawa bersama para ulamak dan pakar motivasi ke medan perang bagi membakar semangat jihad tenteranya. Sebaik sahaja menghampiri dinding kubu Kota Constantinople, Baginda mengarahkan dilaungkan Azan dan solat berjemaah. Tentera Byzantine gentar melihat 150,000 tentera Islam bersolat di belakang pemimpin mereka dengan laungan suara takbir memecah kesunyian alam.

MELANCARKAN SERANGAN KE ATAS CONSTANTINOPLE

Setelah segala persiapan lengkap diatur, Baginda menghantar utusan kepada Raja Bizantin meminta beliau menyerah. Keengganan beliau mengakibatkan kota tersebut dikepung. Pada 19 April 1453, serangan dimulakan. Kota tersebut hujani peluru meriam selama 48 hari. Setengah dinding luarnya rosak tetapi dinding tengahnya masih teguh.

Menara Bergerak

Seterusnya Baginda mengarahkan penggunaan menara bergerak yang lebih tinggi dari dinding kubu Byzantine dan memuatkan ratusan tentera. Tentera Byzantin berjaya memusnahkan menara tersebut setelah ianya menembusi dinding tengah kubu mereka.

Bantuan Dari Pope Vatican

rantai merentang teluk horn

Pope di Rome menghantar bantuan 5 buah armada yang dipenuhi dengan senjata dan tentera. Perairan Teluk Golden Horn direntang dengan rantai besi untuk menghalang kemaraan armada Usmaniyah. Ini menaikkan semula semangat tentera Bizantin.

rantai yang digunakan rantai merentangi teluk horn

Melancarkan Kapal Perang Dari Puncak Gunung

Kegembiraan mereka tidak lama. Keesokan paginya, mereka dikejutkan dengan kehadiran 72 buah kapal perang Usmaniyah di perairan Teluk Golden Horn. Ini adalah hasil kebijaksanaan Baginda mengangkut kapal-kapal ke atas gunung dan kemudian diluncurkan semula ke perairan Teluk Golden Horn. Tektik ini diakui sebagai antara tektik peperangan (warfare strategy) yang terbaik di dunia oleh para sejarawan Barat sendiri. Kapal-kapal itu kemudiannya membedil dinding pertahanan belakang kota.

kapal merentasi gunung-laluan coklat di blakang kanan

Kapal-kapal perang tentera Byzantin habis terbakar kerana bedilan meriam Usmaniyah. Pertahanan Byzantin menjadi semakin lemah. Baginda mengambil kesempatan pada malamnya dengan memberikan semangat kepada tenteranya serta mengingatkan mereka kepada Hadis Rasulullah saw dan bersama-sama berdoa kepada Allah swt.

Memanjat dan Melastik Dinding Kota

Keesokan paginya tentera Usmaniyah cuba memanjat dinding dalam kubu dengan tangga dan cuba merobohkannya dengan lastik besar. Tentangan sengit pihak Byzantin menyebabkan ramai yang syahid. Baginda memerintahkan tenteranya berundur dan bedilan meriam diteruskan sehingga tengahari.

Karisma Seorang Pemimpin

Pengepungan selama 53 hari tanpa sebarang tanda-tanda kejayaan telah menimbulkan rasa bosan dan menghilangkan keyakinan tentera Baginda. Pada saat yang genting ini Baginda berucap menaikkan semangat tenteranya, “Wahai tenteraku, aku bersedia untuk mati di jalan Allah. Sesiapa yang mahu syahid ikutlah aku!”.

Mendengarkan itu, Hasan Ulubate, salah seorang tentera Baginda mengetuai sekumpulan kecil 30 tentera membuka dan melompat masuk ke dalam kubu musuh lantas memacak bendera Islam di situ. Mereka kesemuanya gugur syahid setelah dihujani anak panah musuh. Kemudian tentera-tentera Islam menyerbu bertali arus menembusi barisan pertahanan Byzantin sambil melaungkan kalimah Allahu Akbar.

Penawanan Constantinople

Pada 29 Mei 1453, Kota Constantinople jatuh ke tangan Islam. Baginda menukar namanya kepada Islambol (Islam keseluruhan) . Gereja Besar St Sophies ditukar kepada Masjid Aya Sofiya. Baginda dengan tawadhuknya melumurkan tanah ke dahinya lalu melakukan sujud syukur. Semenjak peristiwa inilah Baginda diberi gelaran “Al Fatih” iaitu yang menang kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.

SEBAIK-BAIK RAJA DAN SEBAIK-BAIK TENTERA

Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya, “Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!”. Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.

Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!”. Sebahagian daripada tenteranya duduk.

Kemudian Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!”. Kali ini semuanya duduk, kecuali Sultan Muhammad Al-Fatih sendiri. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajjud sejak baligh . Inilah dia anak didikan Syeikh Shamsuddin Al Wali. Bagindalah sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah saw di dalam Hadisnya itu.

Tuesday, May 25, 2010

saya rindu

saya rindu...
pada siapa?
pada dia...
dia mana?
dia yang comel..

saya rindu...
pada siapa?
pada dia...
dia mana?
dia yang manja...

saya rindu...
pada siapa?
pada dia...
dia mana?
dia yang menghiburkan hati...

saya rindu...
pada siapa?
pada dia...
dia mana?
Dia yang bernama Siti Sarah Binti Mat Nawi....
This is the most beautiful girl i ever met...

Monday, May 17, 2010

seronok ke blogging ni?

ade org tanye..best ke blogging2 ni?
ape yang saya nak jawab?
tah la..sbb kta kna experience blogging ni baru tau...

tapi lagi seronok facebook la..
hehe...

Monday, April 19, 2010

keEMPTYnessan

salam..
entah knapa,semalam rasa kosong sangat2..
mata da ngantuk tapi hati xmau tido..
perut sudah lapar tapi mulut enggan mengungah..
kekosongan dan rasa sedikit terganggu mengganggu 'metafora' hati..

entah kenapa..
secara tiba2, hati seakan memberontak dan meluahkan 'kepanasan'..
seakan2 gunung berapi,ianya meluak2kan keluar lava2 panas yang ada dalam hati..

entah kenapa...
secara tiba2, pagi ni pun still in bad mood..
telah dicuba untuk menguatkan hati..
untuk memujuk diri agar mengalah..
tapi xmampu..

entah la..
biarkan keentahan itu sentiasa menjadi entah..
kali ni..
mmg betul2 masalah dijadikan problem..

mlm ni ade test managerial economics..
satu pun xstudy lagi..

Wednesday, April 7, 2010

jam idaman...


salam...
huhu...
lawanya...
elegen...
menarik...
mmg perfect...
saya nak jam ni..dari koleksi hublot...
king power chrono tourbilon all black...
huhu...
kalo saya mampu beli jam mahal..
inilah jam yang akan saya beli....


Sunday, April 4, 2010

4 wheel...

salam..
malam ni saya nk berceloteh bab kereta...
LELAKI=Kereta...
mmg kamcing la kan...
sbb tu setiap kali saya jumpa kawan2,soalan pertama yang die org akan tanya...
"Hang keje mana?(sebenarnya,soalan die nak tanya,ko pakai kete ape? tapi takut direct sgt kn...hehe)
instead, saya pun kadang2 terpikir jugak,saya nak "keje" ape..i meant, saya nak pakai kete ape kan..
siyesli ckp,kalo itu soalan yang hangpa tu kat hangku(saya), kompem saya akan jawab HILUX..
saya tak tau,kenapa disaat org2 lain minat to sport car or BMW's in line car, tapi saya tetap menjadikan era,eh,tetap menjadikan HILUX pilihan pertama saya..
dan,jangan tanya kenapa saya suka HILUX...
sbb saya mmg suka..
disaat org cakap HILUX ni besar sgt,saya akan jawab,ok la besar2,org takut nak langgar sket..
disaat org ckap kalo pakai HILUX tak melambangkan kejantanan, saya akan jawab,xpe, biar xnampak jantan,asal nampak lelaki..hehehe..
saya tgk HILUX ni mcm saya tengok segunung emas..
banyak saya nak manfaatkan HILUX dalam kehidupan saya..
dan semestinya, kalau saya berkemampuan beli kereta sendiri, that will be a HILUX...
and no plat akan tetap 7387...
haha..
kete saya,suka hati saya la no berapa pun kan...

Tuesday, March 23, 2010

berisi...

2010

salam..

hai..da agak lama tangan x menaip...xtau nape,recently mmg gila2 busy...
kali ni nak citer bab berisi sket...hehe

tadi,maghrib, ada satu program Dewan Pemuda Pas Kawasan Tumpat(DPPKT).. kelas haraki..membincangkan hal2 serta pesanan Hasan Al Banna..

pastu,perasmian oleh YB CHE ABDULLAH...
yang menariknya, masa bersalaman dengan beliau, saya ditegurnya, lama menghilang,makin BERISI sekarang..hahaha...tah yang keberapa saya dengan perkataan tu..walaupun xnak mengaku..tapi saiz pinggang makin besar dan membesar..adui...
jap lagi saya cuba download gambar terbaru..nilai la sendiri ye..haha..


Friday, March 19, 2010

membayangkan nilai 10 sen

semalam,masa dalam perjalanan dari kota bharu ke Kuala Lumpur, saya terlintas akan bagaimana besarnya nilai 10 sen tu dalam kehidupan saya.
entah kenapa, tiba-tiba ingin sangat hati saya membayangkan nilai 10 sen ni.
dulu2,ramai org yg bersuara,"kalu demo ada RM 999,999.90, demo xjadi jutawan lagi"
keberkesanan itu tidak ada. kerana saya yakin, waktu itu, nak mecapai jumlah RM 999,999.90 pun susah. lalu saya tinggalkan bayangan kebesaran nilai 10 sen....

semalam,saya memikirkan ia kembali. dengan metodologi lain, saya membayangkan wallet saya penuh dengan note RM50, RM 100 dan 20 sen. kemudian,saya terasa nak buang air kecil. Tiada tempat percuma kecuali tandas yang perlu dibayar 30 sen. apa saya nak buat? adakah saya akan hulurkan note RM 50?sudah semestinya baki utk wang sebesar itu tiada..

semestinya saya akan terkial2 cari duit 10 sen utk mencukupkan 30 sen bagi melunaskan hajat saya. bayangan saat tak tahan nk buang air kecil, mmg tinggi. apa saya nak buat?serahkan RM 50 dan bg tau, keep the change?or, merayu2 kat petugas bas agar benarkan saya masuk?
now, itulah besarnya nilai 10 sen yang saya boleh bayangkan dalam hidup saya...

Wednesday, March 10, 2010

Pak Kaduk.....

Aduhai malang pak kaduk...
ceritera zaman dahulu kala yang kadang kala semakin menimpa zaman sekarang...
Why?
Ayam menang kampung tergadai?
ataupun regulation yang menghambat 'pak kaduk' dizaman ini?

Aduhai malang pak kaduk...
ada nasi dicurahkan, bawa pulang kebuluran...
terjadi diantara 2008-2009..
dimana malaysia juga terpalit diatas krisis yang sama...
apabila krisis makanan mencengkam masyarakat bawahan...
yang hampir tidak ada nilai kepada kebanyakan pemimpin...

adakah agenda melayu berada di belakang?
atau melayu yang terkebelakang?
atau melayu membelakangi zaman?
belakang,terkebelakang atau membelakangi...
hanya saya, anda dan kita semua yang tahu...
segala kemungkinan terjadi....

atau
hanya pak kaduk yang malang?
siapa pak kaduk?
itu menjadi persoalan terbuka...

Aduhai malang Pak kaduk,
Ayamnya menang kampung tergadai,
Ada nasi dicurahkan,
Awak pulang kebuluran,
Mudik menongkah surut,
Hilir menongkah pasang,
Ada isteri dibunuh,
Nyaris mati oleh tak makan,
Masa belayar kematian angin,
Sauh dilabuh bayu berpuput,
Ada rumah bertandang duduk,
Aduhai malang Pak Kaduk



Monday, March 1, 2010

bukanlah pemuda...

sewaktu sedang dalam usaha melelapkan mata, saya terpandang satu buku.
buku yang simple...
buku yang bersahaja..
tidak terlalu berat isi bacaannya,namun bukan juga sebaliknya..

apa yang menarik tentang buku ini adalah tajuknya..
"50 Kata-kata Tokoh Berpengaruh dan cerita disebaliknya"
apa yang menyebabkan saya menulis dilaman blog ini adalah disaat saya menyusuri m/s 117..
dibawah kata-kata yang ke-48..
kata-kata ini dipetik dari pujangga arab..

'BUKAN PEMUDA YANG MENGATAKAN INILAH AYAHKU, TETAPI PEMUDA YANG SEBENAR IALAH YANG MENGATAKAN, INILAH AKU..'

kalau dapat kita tafsirkan,sekiranya pemikiran seperti ini ada dalam setiap jiwa anak muda, maka dunia Islam itu sendiri akan maju..
seringkali,terjadinya insiden seperti seseorang itu dapat kerja kerana ayahnya seorang berpengaruh..
mana mungkin kemajuan itu tercapai sekiranya doktrin pemikiran seperti mengharapkan kehebatan ayahnya ada dalam minda setiap pemuda...

Think about it...

Sunday, February 28, 2010

ALFATIHAH BUAT ARWAH ADIK SYAFIA HUMAIRA.

manusia kini hilang pertimbangan...
selepas kejadian demi kejadian yang menimpa insan-insan kecil,tidak kah kita mengutarakan soalan kepada diri kita?
manusia jenis apa mereka ni?
acuan negara yang bagaimana yang kita mahukan?
hari ni terpampang didada-dada akhbar,Azab Yang terpaksa ditanggung oleh insan kecil..
seorang anak kecil, Syafia humaira,3 tahun, menghembuskan nafasnya yang terakhir selepas dibelasah teruk kekasih ibunya, dengan segala macam perbuatan tak munasabah.. perutnya pecah,kepala nya mengalami konkusi yg teruk, buah pinggang nya pecah, semuanya angkara seorang manusia yang tak bermoral. namun apa pendirian kita untuk menjamin kejadian seperti ini tidak berulang. mungkin kes Arwah Syafia merupakan kes yang sadis. yang mana dengan keyakinan saya bahawa ini bukan kes tunggal di Malaysia.
apa perkataan yang lebih teruk dari syaitan untuk kita kalungkan kepada si pelaku?
apakah tiada sekelumit rasa kasihan kepada tangisan kesakitan anak kecil ini?
disaat mata meneliti bait2 tulisan yang ditulis wartawan berita...
hanya doa buat arwah adik syafia yang mampu saya iringkan..
hanya air mata kesedihan yang mampu saya alirkan kepada arwah adik syafia..
tidak terlintas segala penderitaan adik syafia..
Pendarahan otak..
Cedera parah diperut dan ginjal...
serta luka, lebam diseluruh badan...
apakah kesalahan adik syafia kepada kita untuk adik syafia menerima hukuman sezalim ini?
apakah mampu adik syafia menanggung semua ini?
adakah layak untuk manusia keji itu memperlaku dan menghukum adik kecil ini?
jauh disudut hati saya...
saya bersimpati dengan penderitaan adik syafiah...
disaat melihat mayat yang terbujur kaku...
matanya yang masih lagi dapat dilihat...
seolah2, menyatakan penderitaan beliau yang tidak tertanggung...
penderitaan adik syafia,hanya beliau yang merasai....
namun yang pasti,kita rakyat malaysia harus mengutuk si pelaku.
apakah kita menuju kezaman kegelapan?
dimana suara2 yang lantang mempertahankan sahsiah kemelayuan?
apakah ini cara kita mengurus tadbir alam?
adakah ini bukti yang mahu kita bawa dihadapan Allah?
apakah kita mahu pelbagai lagi "bencana akhlak" menimpa kita?
Syafia,adalah diantara sinar2 yang boleh digilap bagi masa depan...
namun syafia kni tinggal kenangan...
kepada ayahnya,ibunya,kaum keluarganya,malah seluruh rakyat malaysia..
syafia kini meninggalkan kita...
syafia kini selamat di alam sana...
keyakinan saya, syafia kini berlari2,bergembira di alam syurga...
mudah2an syafia adalah contoh terakhir kezaliman manusia bertopengkan syaitan..
mudah-mudahan pelaku diberi keinsafan akan kekerdilan dirinya...
mudah2an taubat mengiringi penyesalan beliau...
kalau tidak...
tunggulah azab Allah kepada kamu di dunia dan akhirat...


ALFATIHAH BUAT ARWAH ADIK SYAFIA HUMAIRA.

Friday, February 19, 2010

keinsafan...

malam ni,ambik keputusan untuk menggerakkan kaki ke masjid...
ada sebab..selepas tayar motor pancit,and xnak guna kereta kuarga utk ke masjid..
agak jauh berjalan..
terlintas di fikiran...
apa beza antara org gila n org xgila...?
jawapan yg maybe masing2 ada pendirian tersendiri...
macam tu jgk saya..
saya insaf dengan apa yang ada dgn diri saya...
semulia2 mahkluk adalah terletak pada iman n akal..

Thursday, February 18, 2010

5th Month Anniversary...

today, 18/02/2010 is our 5th month anniversary..
since 18/09/2009, we have go through a lot of thing..
from happy,to sad, everything have been gone by me and siti sarah..

dear,
i want to apologize for everything that i'm done which is annoying or uncomfortable...
here, i just want to say that I will Love You..no matter how and what...


truly,
your love.

Wednesday, February 17, 2010

dan seseorang itu adalah...

saat duduk keseorangan di pagi rabu,terasa ingin hati utk berbicara tentang seseorang..
seseorang yang sangat istimewa..
pencetus inspirasi, penaik semangat..
saya amat terharu dgn sesuatu yang sanggup beliau lakukan...
disaat kami 'date', ada beliau nyatakan hasrat untuk berpicnic di sungai pancing...
gembira bilama beliau gembira...
namun,beliau dituntut untuk melakukan pengorbanan dgn memilih untuk pulang ke kampung atau berpicnic..
namun, dengan ilmu agama dan kefahaman kepada patuh pada tuntutan kerinduan seorang ibu,beliau memilih untuk pulang..
lalu pulanglah beliau ke kampung,meghirup udara segar kampung...
peluang dikampung, beliau manfaatkan dengan bersama saya..walaupun seketika cuma.. kepulangan kali ini,juga menyebabkan beliau muntah-muntah..food poisoning maybe..
saya cuma mampu menyatakan kebimbangan sedangkan beliau menderita kesakitan..
tertanya-tanya saya, adakah ini yang terpaksa beliau hadapi untuk bersama keluarga dan saya...
jika ya,saya kagum dengan pengorbanan beliau..
dan saya yakin, jawapannya amat pasti 'ya'..
diatas kekaguman itulah, saya makin terasa akan kasih terhadap beliau...2 hari yang pendek, tapi panjang pengorbanan..
saya amat-amat mengasihi beliau..
dan seseorang itu adalah SITI SARAH BINTI MAT NAWI...

Tuesday, February 16, 2010

manusia apa lagu nih?

manusia..
bila nilai kemanusiaan terhakis...
maka, segala macam masalah dipandang mulia...
kes buang anak,makin menjadi-jadi...saya hairan,kenapa manusia bersikap sedemikian rupa?
adakah kejahilan zaman jahiliah kembali menerpa?
adakah kezaliman israel itu kurang teruk jika dibandingkan dengan kezaliman manusia ini?
zaman jahiliah, manusia bangga menanam anak perempuan mereka hidup2...
kini, zaman moden, manusia seakan bangga membunuh anak-anak kecil yang tak berdosa..tidak kira perempuan atau lelaki...
israel,membunuh rakyat palestin yang bukan bangsanya...
tapi manusia ini,membunuh anak bangsa sendiri..
apa dosa anak ini?
apa kesalahan yg dibuat mereka, sehingga mereka dijatuhkan dengan segala macam azab di dunia?
tidak mengertikah manusia ini akan tangisan anak kecil yang kesejukan?kelaparan?kesakitan?
manusia,kini telah melampaui batasan...
hingga sanggup membakar anak itu dalam tong sampah...
tidak menegertikah mereka betapa susahnya orang lain berusaha mendapatkan anak?
anak itu amanah Allah..
kamu mengkhianatinya...
ciri-ciri org munafiq...
apabila diberi amanah,mereka mengkhianatinya...
saya menumpang kesedihan anak-anak kecil..
dan manusia jahanam,saya doakan keinsafan anda..
make a world a better place...
seandainya anak kecil mampu bersuara,inilah tangisan hati mereka:

Dulu aku kau puja
Dulu aku kau sayang
Dulu aku sang juara
Yang slalu engkau cinta
Kini roda telah berputar

Kini aku kau hina
Kini aku kau buang
Jauh dari hidupmu
Kini aku sengsara
Roda memang telah berputar

Mana janji manismu
Mencintaiku sampai mati
Kini engkau pun pergi
Saatku terpuruk sendiri
Akulah sang mantan

Sakit teriris sepi
Ketika cinta telah pergi
Akulah sang mantan

Mana janji manismu
Setia sampai aku mati
Kini engkau pun pergi
Saatku jatuh dan sendiri

Mana janji manismu
Mencintaiku sampai mati
Kini engkau pun pergi
Saatku terpuruk sendiri
Akulah sang mantan

Saturday, February 13, 2010

rayuan kepada anak kelantan diperantauan...

salam..
raya cina...
balik la...
orang2 kelantan disini merindui kalian...

balik ye...

Tuesday, February 9, 2010

hidup berjiran...

jiran...
ada yang baik...
ada yang kurang baik...
ada yang tak baik langsung...

jiran...
jika baik...
terasa kedamaian akan kehadirannya..

jiran...
jika kurang baik...
maka kurang senang akan kewujudannya...

jiran..
jika tidak baik...
maka kehadiran dibenci..

Sunday, January 31, 2010

K.E.C.E.W.A

salam..

agak lambat sebenarnya menintakan kalimah..masa mengongkong perjalanan jari untuk berbicara..setelah suara seakan 'hilang' dari kerongkong..bermula dari kisah satu petang yang sedikit sebanyak mengubah lanskap perjalanan hubungan 2 hala diantara saya dan anak jiran saya..setelah seakan 'dibangkitkan secara tidak sopan' dari keindahan mimpi dalam kehidupan yang cukup sempurna..saya berfikir..adakah akan saya coret segala-galanya?YA..akan saya coret kan satu persatu..kerana ni sajalah jalan untuk saya rasa segala penjelasan boleh dialirkan..mungkin akan ada pihak yang mempersoalkan akan hal mencoretkan sesuatu seperti ini tidak akan menjamin apa2..adakah org itu akan baca?saya mengambil sikap tidak peduli sekiranya beliau tak membaca..kerana org yang membaca,kategorinya cerdik..beliau,saya sifatkan sebagai kurang cerdik dari segi tindakannya..mengapa beliau,tidak datang kepada saya dan bertanyakan hal sebenar?kenapa menyebarkan fitnah di kedai-kedai kopi?tergamaknya beliau mengambil pendekatan sedemikian?menyebarkan fitnah dengan mengatakan kepada saya bahawa saya bergambar dengan anak cikgu nawi,siti hajar..pakai baju warna hijau..

fitnah..ini semua fitnah...
2 fakta fitnah yang membuatkan saya amat KECEWA..
ingin saya jelaskan disini..
fakta sebenar..

SAYA TIDAK PERNAH DALAM KEADAAN SEDAR ATAU TIDAK SEDAR, BERGAMBAR DENGAN SITI HAJAR MAT NAWI..
DAN SAYA MEMOHON MAAF SECARA TERBUKA KEPADA SITI HAJAR KERANA TELAH TERPALIT DALAM PALITAN 'LUMPUR' ORG YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB..


kesian hajar,dia baru umur 16 tahun,tapi orang yang menyebarkan fitnah itu tidak memikirkan bagaimana hajar dan keluarganya hadapi..
secara terus terang,saya memang agak terkilan dan segan dengan Cikgu Nawi dan keluarganya.maruah kami telah diperdagangkan dengan nilai sebuah mulut yang tidak bertapis..

dulu,saya masih ingat...

disaat saya didatangi oleh seorang AJK Masjid untuk memohon sumbangan Karpet dari YB ADUN..kemudian saya cuba mengambil tanggungjawab memantapkan "berat sama dipikul,ringan sama dijinjing.." saya terus merangka satu 'plan' bagaimana kita,sebagai masyarakat teramai untuk sama-sama berganding bahu menukar karpet masjid..dengan kaedah 1 lot RM30.00,saya memulakan usaha berkenaan..xsampai beberapa ketika,ismail sms ingin saya pulangkan kembali wang yang beliau sumbangkan..kerana katanya saya makan duit tersebut..FITNAH..fitnah dari seorang hamba Allah yang pada saya nampak warak la..sebab hadir ke majlis2 ilmu di masjid..kurang enak tindakan nya memfitnah saya..kerana saya tak makan duit karpet..saya sedih..kecewa..sampai sekarang beliau tidak datang memohon maaf kepada saya..

saya difitnah lagi.....kali ni dengan hajar...saya mengaku ada mengambil gambar dengan anak cikgu nawi..tapi bukan dengan hajar...
tapi dengan SITI SARAH..kakaknya..
dan,saya akan memperisterikan Siti sarah setelah Siti Sarah habis belajar..yakin dan pasti..

Tuesday, January 26, 2010

blog baru...

salam..
just nak bgtau...
ada blog baru...
pasal company saya...

http://faddy-futsal.blogspot.com

sila2lah jenguk...

Monday, January 25, 2010

program kekeluargaan...










rasanya da agak lama aktiviti bbq ni saya x join..
dalam 5-6 bulan barangkali...
tapi smalam,ngan perancangan sarah,kami wat la program bbq yang melibatkan keluarga...
best laa..
antara juadah2 yg ada...
  • ayam
  • udang
  • ikan 'tuko'
  • jagung (2 je..hehe)

paling best masa makan ikan ngan pencicah yang mak sarah buat..just nice...start bbq lebih kurang jam 9 lebih...tapi saya balik hampir jam 2...bukan sbb membakar,tapi tengok muvie korea lepas bbq...hehe.. special thanks to family sarah...n semua pihak yang terlibat menjayakan nya...

pagi ni letih sgt,bangun p pejabat pun lewat..almost 10 a.m...sorry boss....