Friday, November 12, 2010

cita-cita tercapai...

salam..
saya pernah tulis dalam siri yg lepas, bahawa bila saya berkemampuan untuk membeli kereta,saya akan ambik hilux..
alhamdulillah,nampaknya cita-cita saya sudah tercapai..
saya hadir ke toyota beberapa minggu yang lepas untuk buat booking kereta..
and of course,saya book untuk hilux..
mula2 agak risau memandangkan saya bukan pekerja kerajaan, tp saya peniaga.
lalu saya submit loan memalui Kak Siti Khuzaimah(wakil toyota) ke bank.
dua bank,saya difahamkan ianya di submit.
Pertama Affin Bank, kedua Public Bank.
bank yang meluluskan loan tu dua2..
dengan interest rate dr Affin sebanyak 3.5%,dan Public Bank sejumlah 3.00%.
dengan kewarasan dan kesejajaran yang ada,saya memilih Public bank, dengan jumlah loan RM79,000.00. Bulanan yang perlu dibayar adalah RM930.00 selama 9 tahun.
kepastian utk memiliki jentera 4 kaki ini makin pasti dan makin menggembirakan apabila,no idaman kereta saya juga sudah pasti..
DBT 7387 akan bergerak beringinan dengan YOYOTA HILUX 2.5G Double cab.
warna?
agak memeningkan..
ramai yang mintak suruh saya pakai hitam atau putih..
mengambil jalan tengah (mcm selalu) saya campurkan dua2 warna,menjadi warna kelabu...
adil dan saksama.
saya panjatkan kesyukuran saya ini hanya kepada Allah yang Maha Esa..