Wednesday, April 27, 2011

Lirik utk skpt


Episod perjuangan
Lirik:Mohd Fadhli Faddy

Disini bermula esipod sebuah  kehidupan…
Belajar mengenal erti persahabatan..
Dengan satu tekad sebuah perjuangan..
Kita sama mencapai kejayaan….

Kenangan seumpama satu pengajaran..
Pahit getir kita nikmati bersama..
Dengan satu tekad sebuah perjuangan..
Kita bangga dan terus berbangga…

Chorus
Kau dan aku saling sama memerlukan…
Kerna kita membesar dalam alam sama…
Yakinlah bahwa kau sentiasa di ingatan…
Kerna kita membesar dalam alam sama…

Dengan yakin kita terus bersama….
Menikmati dunia dengan seadanya ..
Kita saling bersuara bernada…
Kitalah sahabat kekal selamanya…

Dengan langkah awal kita berkata..
Kita bersama membina kehidupan..
Belajar membaca mengenal angka..
Hanya ingin Berjaya dimasa hadapan..

Sahabat…jangan kita terleka…
Jalan yang masih jauh kita menerpa..
Jadikan amalan,sesuatu yang bermakna..
Dengan satu tekad sebuah perjuangan..

Chorus
Kau dan aku saling sama memerlukan…
Kerna kita membesar dalam alam sama…
Yakinlah bahwa kau sentiasa di ingatan…
Kerna kita membesar dalam alam sama…

Dengan yakin kita terus bersama….
Menikmati dunia dengan seadanya ..
Kita saling bersuara bernada…
Kitalah sahabat kekal selamanya…

Dengan satu tekad sebuah perjuangan..

Sunday, April 24, 2011

Tentatif Program Reunion.

Sabtu (30/04/2011)


11:00am
Berkumpul di Jaya Gading.


12:00 pm
heading to Gambang Water park/sungai panching/Tempat perkelahan.


01:00 pm
have fun.


05:00 pm
balik ke tempat masing-masing


08:00 pm
Makan malam kat TC.








1 Mei 2011 (Ahad)


9:00 am
Bergerak ke SKPT


10:00 am Hingga korang puas hati.
berada di SKPT.


Pastu if ade yg nak gerak balik kl after tu da bole......








(p/s:semua aktiviti akan di "photoshoot" kan bg men"create" kejelesan org lain..haha)

Monday, April 18, 2011

Gambar masa sedang membuat prelude Reunion SKPT pada 1 mei 2011

salam..
berikut adalah beberapa gambar masa sedang buat video...enjoy k..;)













Saturday, April 16, 2011

Kemenangan Yang Tertangguh

Salam..


Pasti malam ni ramai yang mengikuti perkembangan PRN serawak 2011..
Dan keputusan seperti yang diramal oleh setengah penganalisi politik,BN menang 2/3. 


Pas yang menyertai PRN serawak dengan meletakkan calon di 5 DUN iaitu:

  1. Tanjung Datu
  2. Muara Tuang
  3. Sadong Jaya
  4. Sebuyau
  5. Beting Maro
Namum,Pas tewas di kelima-lima kerusi yang ditandingi oleh calon-calon Pas. Tidak mengapalah,kekalahan merupakan satu titik untuk terus bergerak ke hadapan. walaupun kekecewaan melanda tapi keredhaan Allah lebih besar.

Moga-moga,Pas terus melangkah dengan keyakinan bahawa usaha menegakkan agama Allah itu walaupun pahit tapi sebenarnya agak manis.

Yang pasti,tugas yang sedang menanti adalah merapatkan saf dikalangan rakyat di DUN masing-masing.Yakinlah dengan janji Allah SWT.

Monday, April 11, 2011

Gambar sekitar reunion pertama himpunan Ex-Skptian

Salam,baru dapat upload n edit sket2 gambar2 reunion..hihi..baru balik berkempen di serawak..maaf ya..layan..)



































Tuesday, March 22, 2011

Ustaz Azhar Idrus-Basmallah

Assalamualaikum WBT.


Hari ni nak meng “iklan” kan satu siri agama daripada Al Fadhil Ustaz azhar Idrus. Kuliah ini diadakan di masjid kg sireh,kota bharu.

Antara yang ditekankan tentang basmallah. boleh rujuk gambar.
harga VCD saya buat RM15.00 termasuk pos. Kalau berminat boleh SMS 014-8363144 (mohd fadhli)


Tuesday, March 15, 2011

Keistimewaan Hari Jumaat

Jumaat adalah hari penting bagi kaum muslim, dibandingkan dengan hari-hari yang lainnya. Salah satu keistimewaannya adalah umat Islam khususnya lelaki diwajibkan menunaikan solat jumaat di masjid dan hari doa kita berpotensi untuk dimakbulkan.

Mari semak Hadis Rasulullah SAW berikut, “Sebaik-baik hari adalah hari Jumaat. Pada hari itulah diciptakan Nabi adam, dan pada hari itu beliau diturunkan ke bumi, pada hari itu pula diterima taubatnya, pada hari itu pula beliau diwafatkan, dan pada hari itu pula terjadi Kiamat. Pada hari itu ada saat yang kalau seorang Muslim menemuinya kemudian solat dan memohon segala keperluannya kepada Allah,nescaya akan dikabulkan.”- Hadis riwayat Abu Daud,At-Tirmidzi,An-Nasai.


Pada hari Jumaat pula dilakukan solat Jumaat secara berjemaah, ibadah khusus seminggu sekali yang wajib dilakukan oleh kaum Muslim. Tentu sahaja dalilnya mengapa ibadah Jumaat ini wajib dilakukan,Yakni:
  1. Surah Al Jumuah,ayat 9 “Wahai orang yang beriman,apabila diseru untuk melaksanakan solat pada hari Jumaat,maka bersegeralah mengingati Allah dan tinggalkan jualbeli, dan itu lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahuinya”
  2. “hendaklah orang-orang itu berhenti dari meninggalkan solat Jumaat atau kalau tidak,Allah akan menutu hati mereka dan kemudian mereka akan menjadi orang yang lalai.”-Hadis riwayat muslim.
  3.  “Solat Jumaat itu wajib bagi setiap Muslim, dilaksanakan secara berjemaah terkecuali empat golongan; iaitu hamba sahaya,perempuan,anak kecil dan orang yang sakit.” - Hadis Riwayat Abu Daud dan Al-Hakim.
Keutamaan solat Jumaat dinyatakan dalam hadis berikut, Abu Hurairah R.A mengatakan bahawa Rasullullah SAW bersabda, bermaksud “Barangsiapa yang mandi Jumaat seperti mandi junub kemudian berangkat (ke masjid),maka seolah-olah ia berkorban seekor unta. Barangsiapa yang berangkat pada saat kedua, maka seolah-olah ia berkorban seekor lembu. Barangsiapa yang berangkat pada saat ketiga, maka seolah-olah ia berkorban seekor kibas yang bertanduk. Barangsiapa yang berangkat pada saat keempat, maka seolah-olah ia berkorban seekor ayam. Barangsiapa yang berangkat pada saat kelima,maka seolah-olah ia berkorban telur. Apabila imam keluar (naik ke mimbar) maka para malaikat mendengarkan khutbah.”- Hadis Riwayat Bukhari.


CARI REZEKI SELEPAS SOLAT JUMAAT.

Sabda Rasulluah SAW yang bermaksud: “Sesungguhnya Rasulullah SAW membicarakan mengenai Jumaat dan baginda berkata:padanya ada suatu saat yang tidak ditemui oleh hamba (Allah) yang muslim dengan mendirikan solat sambil memohon kepada Allah akan sesuatu, melainkan apa yang dimohonkan akan diberi kepadanya (ia mengisyarakatkan dengan tangannya yang diangkat)”- Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

Hadis itu menerangkan adanya saat yang paling mustajab pada hari jumaat,Dimana permohonan akan dimakbulkan dengan izin Allah. Malah, ulama berselisih pendapat mengenai bila saat yang dimaksudkan itu. Ada berpendapat sesudah terbit matahari syuruk dan ada yang mengatakan sesudah tergelincirnya matahari (Zohor atau Jumaat). Malah ada yang mengatakan sesudah waktu Asar dan selain waktu itu.

Bagaimanapun ada hadis soheh mengatakan saat mustajab doa itu bermula dari khatib berada atas mimbar sehingga selesai solat Jumaat. Dari Abu Al-Asyaari,ia berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud; Sesenggunya saat mustajab itu adalah antara imam duduk diatas mimbar,sampai salam daripada solat.”-Hadis riwayat Muslim.

Jelaslah bahawa ketika khatib berada diatas mimbar dan berkhutbah adalah waktu yang penuh berkat kerana itu adalah segala hidayah Allah disalurkan melalui mimbar. Ilmu dan nasihat agama disampaikan sebagai panduan untuk sekalian.


Khatib sering mengingatkan kita supaya bertakwa kepada Allah, mentaati titah perintahnya,berpegang teguh dengan ajaran Islam sebenar. Khutbah yang baik dapat memupuk kesedaran dan ketaatan kepada Allah, memberi motivasi dan pedoman berfaedah ke arah membina kesejahteraan hidup dunia dan akhirat.
Justeru, kita dituntut datang awal kemasjid, membersih rohani dan menyiapkan diri untuk mendengar khutbah. Kita digalakkan berada di saf hadapan, kerana lebih hampir dengan mimbar yang menjadi saluran hidayah Allah.

Selepas selesai solat Jumaat, bertebarlah dimuka bumi untuk mencari rezeki dan menyelesaikan urusan hidup. Bukannya dengan duduk berjam-jam di dalam masjid sehingga kereta yang diletakkan di tengah-tengah jalan (kerana lewat datang) dibiarkan melintang di tengah jalan sehingga menghalang lalu lintas. Ini tentu menyusahkan orang ramai.

(Artikel yang saya salin balik dalam majalah Milennia MUslim keluaran MAC,Mukasurat 96, ruanagan Akhir Kalam, saya kira sangat bagus buat pedoman kita bersama.)

Mohd Fadhli Bin Mohd Noor
Tumpat
1:33 am
15/Mac/2011

Friday, March 11, 2011

8.9 SKALA RITCHER & TSUNAMI

Salam.

Petang td, masa saya tgh dalam program bersama ADUN Wakaf Bharu, saya mengadap FB dengan Galaxy Tab saya. Mata saya terpana bila membaca berita yang saya pernah saya baca pada 26. Disember 2004 iaitu TSUNAMI.

Rata-rata Facebookers berbicara dan berkongsi video. diantara video berkenaan adalah seperti berikut (sila klik pada nombor dibawah untyuk menonton video):

Friday, March 4, 2011

Ustaz azhar Idrus-Papa Kedana

Assalamualaikum semua.

mcm mana keadaan saudara/i yang saya kasihi?

Post saya kali ni adalah promosi kepada VCD Ustaz Azhar Idrus yang menyampaikan kuliah dhuaha pada 25 Februari 2011 di Medan Ilmu Kota Bharu. Bagi rakyat kelantan,kita telah terbiasa dgn kuliah yang dilaksanakan setiap pagi jumaat. Idea seorang Menteri Besar yang bertaraf ulama’ ni berjaya menyampaikan kefahaman Islam dengan lebih meluas. Telah beratus-ratus Ustaz yang menyampaikan kulian dan telah beribu malah berpuluh ribu yang mendapat manfaat.

Kini kuliah boleh dinikmati bukan saje warga kelantan malah warga seluruh dunia kerana kita telah mencapai kemajuan laman web. link yang sentiasa disebar dalam laman-laman sosial seperti facebook telah melebarkan lagi sayap dakwah.

Pada 25 Februari 2011,tiba giliran Al Fadhil Ustaz Azhar Idrus yang terkenal dengan lawak spontan yang berjaya menyedarkan manusia. Perkataan seperti “berat nanang”, “balik awal kite”, “dok rok cetong”, “die mari pulok” dan lain-lain sentiasa meniti bibir setiap peminat setianya. Kuliah yang beliau sampaikan pada pagi jumaat yang lalu dimulai dengan soalan apa yang kita nak bawa untuk bekalan akhirat itu amat santai,ringan dan saya rasa harus menjadi bahan kuliah untuk anak dan isteri. malahan tidak keterlaluan saya katakan ianya harus dimiliki oleh setiap keluarga yang sayang pada akidah anak-anak mereka.

Kita juga akan disajikan dengan 4 perkara yang sentiasa menanti kita. Bagaimana pengetahuan kita tentang 4 perkara ini mampu mengubah haluan kefahaman kita tentang Islam yang sebenar. Kemudian ditekankan bagaimana sikap samseng itu tak mapu melawan kuasa Allah SWT. Adakah kita sedar dalam kehidupan dunia ni,ada saja yang melawan kuasa Allah. Maka kita harapkan bahawa kita tak termasuk dalam kategori berkenaan.

Paling bagusnya,bagaimana seorang manusia yang hidup dalam dunia mencari dunia,bak kate ustaz azhar idrus, Orang yang duduk dalam rumah tapi masih mencari rumah adalah manusia yang pelik.:)
Yakinlah bahawa dengan memiliki kuliah ini,kalian tidak akan rugi walau satu sen pun.:)

Saya mahu tawarkan kepada kalian VCD berkenaan dengan kos semua sekali serendah RM10.00. saya akan pos vcd tu kepada saudara/i Saudara hanya perlu Bank-in kepada saya dan saya settlekan semuanya,InsyaAllah.;)
hubungi saya di talian 013-939 7387 (Md Fadhli) utk maklumat lanjut.:)

Mohd Fadhli Bin Mohd Noor
013-939 7387
014-836 3144
faddy_7387@yahoo.com.my

VCD USTAZ AZHAR IDRUS

Dr. Yusuf Al Qardhawi dan Al Ikhwan Al Muslimun Ekstreem?

Salam Perjuangan kepada pejuang-pejuang Islam.
Apa Khabar kalian pada hari ni? macam mana dengan amalan kita.

Beberapa minggu lepas,saya terbaca tentang label yang diberikan kapada Dr Yusuf sebagai ekstreem. betul ke? kemudian beberapa hari lalu,saya dapat buku Dr. Yusuf Qardhawi yang bertajuk "Dr. Yusuf Al-Qardhawi dan Al Ikhwan Al Muslimun". buku yang banyak menerangkan tentang organisasi Ikhwan Muslimun. memang meleset benar tuduhannya. 


Lalu saya terfikir kenapa kenyataan ini dikeluarkan kepada ulama' besar dan organisasi Islam? Jahat. sangat jahat niat serong itu. bagi yang sapa2 terasa nak berkenalan dgn Ikhwan Muslimun boleh dapatkan dikedai-kedai.




Ni isi kandungan buku berkenaan sebagaimana gambar diatas.

Kalau saudara mahu beli tapi tak jumpa,boleh hubungi saya di talian 013-939 7387 (Md Fadhli). Harga buku termasuk pos, adalah RM30.00. Kalian boleh sms saya.

Mohd Fadhli Bin Mohd Noor
013-939 7387
014-836 3144
faddy_7387@yahoo.com.my