Tuesday, March 23, 2010

berisi...

2010

salam..

hai..da agak lama tangan x menaip...xtau nape,recently mmg gila2 busy...
kali ni nak citer bab berisi sket...hehe

tadi,maghrib, ada satu program Dewan Pemuda Pas Kawasan Tumpat(DPPKT).. kelas haraki..membincangkan hal2 serta pesanan Hasan Al Banna..

pastu,perasmian oleh YB CHE ABDULLAH...
yang menariknya, masa bersalaman dengan beliau, saya ditegurnya, lama menghilang,makin BERISI sekarang..hahaha...tah yang keberapa saya dengan perkataan tu..walaupun xnak mengaku..tapi saiz pinggang makin besar dan membesar..adui...
jap lagi saya cuba download gambar terbaru..nilai la sendiri ye..haha..


Friday, March 19, 2010

membayangkan nilai 10 sen

semalam,masa dalam perjalanan dari kota bharu ke Kuala Lumpur, saya terlintas akan bagaimana besarnya nilai 10 sen tu dalam kehidupan saya.
entah kenapa, tiba-tiba ingin sangat hati saya membayangkan nilai 10 sen ni.
dulu2,ramai org yg bersuara,"kalu demo ada RM 999,999.90, demo xjadi jutawan lagi"
keberkesanan itu tidak ada. kerana saya yakin, waktu itu, nak mecapai jumlah RM 999,999.90 pun susah. lalu saya tinggalkan bayangan kebesaran nilai 10 sen....

semalam,saya memikirkan ia kembali. dengan metodologi lain, saya membayangkan wallet saya penuh dengan note RM50, RM 100 dan 20 sen. kemudian,saya terasa nak buang air kecil. Tiada tempat percuma kecuali tandas yang perlu dibayar 30 sen. apa saya nak buat? adakah saya akan hulurkan note RM 50?sudah semestinya baki utk wang sebesar itu tiada..

semestinya saya akan terkial2 cari duit 10 sen utk mencukupkan 30 sen bagi melunaskan hajat saya. bayangan saat tak tahan nk buang air kecil, mmg tinggi. apa saya nak buat?serahkan RM 50 dan bg tau, keep the change?or, merayu2 kat petugas bas agar benarkan saya masuk?
now, itulah besarnya nilai 10 sen yang saya boleh bayangkan dalam hidup saya...

Wednesday, March 10, 2010

Pak Kaduk.....

Aduhai malang pak kaduk...
ceritera zaman dahulu kala yang kadang kala semakin menimpa zaman sekarang...
Why?
Ayam menang kampung tergadai?
ataupun regulation yang menghambat 'pak kaduk' dizaman ini?

Aduhai malang pak kaduk...
ada nasi dicurahkan, bawa pulang kebuluran...
terjadi diantara 2008-2009..
dimana malaysia juga terpalit diatas krisis yang sama...
apabila krisis makanan mencengkam masyarakat bawahan...
yang hampir tidak ada nilai kepada kebanyakan pemimpin...

adakah agenda melayu berada di belakang?
atau melayu yang terkebelakang?
atau melayu membelakangi zaman?
belakang,terkebelakang atau membelakangi...
hanya saya, anda dan kita semua yang tahu...
segala kemungkinan terjadi....

atau
hanya pak kaduk yang malang?
siapa pak kaduk?
itu menjadi persoalan terbuka...

Aduhai malang Pak kaduk,
Ayamnya menang kampung tergadai,
Ada nasi dicurahkan,
Awak pulang kebuluran,
Mudik menongkah surut,
Hilir menongkah pasang,
Ada isteri dibunuh,
Nyaris mati oleh tak makan,
Masa belayar kematian angin,
Sauh dilabuh bayu berpuput,
Ada rumah bertandang duduk,
Aduhai malang Pak Kaduk



Monday, March 1, 2010

bukanlah pemuda...

sewaktu sedang dalam usaha melelapkan mata, saya terpandang satu buku.
buku yang simple...
buku yang bersahaja..
tidak terlalu berat isi bacaannya,namun bukan juga sebaliknya..

apa yang menarik tentang buku ini adalah tajuknya..
"50 Kata-kata Tokoh Berpengaruh dan cerita disebaliknya"
apa yang menyebabkan saya menulis dilaman blog ini adalah disaat saya menyusuri m/s 117..
dibawah kata-kata yang ke-48..
kata-kata ini dipetik dari pujangga arab..

'BUKAN PEMUDA YANG MENGATAKAN INILAH AYAHKU, TETAPI PEMUDA YANG SEBENAR IALAH YANG MENGATAKAN, INILAH AKU..'

kalau dapat kita tafsirkan,sekiranya pemikiran seperti ini ada dalam setiap jiwa anak muda, maka dunia Islam itu sendiri akan maju..
seringkali,terjadinya insiden seperti seseorang itu dapat kerja kerana ayahnya seorang berpengaruh..
mana mungkin kemajuan itu tercapai sekiranya doktrin pemikiran seperti mengharapkan kehebatan ayahnya ada dalam minda setiap pemuda...

Think about it...