Sunday, December 27, 2009

2009 in memories....

Selamat Tinggal 2009...
Selamat Datang 2010...

2009 meninggalkan aku dengan 1001 kenangan,1001 dugaan,1001 pengalaman,1001 pengajaran...
2010 bakal menjengah dalam hanya kurang beberapa hari lagi...
adakah aku bersedia untuk melangkah ke 2010? bersedia atau tidak,masa tetap berlalu... bersedia atau tidak,masa akan meninggalkan aku..atau aku yang meninggalkan masa?

mengimbau kembali hampir 365hari dalam 2009,terasa seakan semakin jauh aku melangkah dalam lipatan sejarah..dengan pelbagai kejadian dan pengalaman yang dapat dilipat dalam 'dompet memori' aku,membuatkan aku terasa seakan usia telah mematangkan segala2..


JANUARI menggamat hati...

bulan ni merupakan bulan dimana aku melaksanakan 'big turnover' dalam karier dan kehidupan aku..inilah bulan dimana aku telah menulis sepucuk surat rasmi yang mana isi kandungannya adalah SURAT PERLETAKAN JAWATAN SEBAGAI PEMBANTU KHAS ADUN WAKAF BHARU kepada YB CHE ABDULLAH BIN MAT NAWI..mengambil keputusan yang drastik ini seakan tidak mudah bagiku..memikirkan betapa tanggungjawab aku adalah berat terhadap wakil rakyat..perletakan jawatan ini adalah tidak ada kena mengena dengan sebarang krisis dalam parti..aku mengambil langkah sedemikian rupa kerana 'reason' untuk melanjutkan pengajian di UiTM..ingin juga aku fokuskan kepada pelajaran..kerana tugas sebagai PA amat berat bagiku...
format 24/7 dalam karier ku amat menyusahkan aku dan juga sudah semesti YB ADUN..banyak pihak memujukku agar aku menimbang semula keputusan itu termasuk YB Adun..akan tetapi, prinsip hidup yang berpegang kepada tidak gemar menyusahkan hidup orang ramai..kerana aku seringkali meninggalkan kerja untuk belajar..bagiku,inilah keputusan yang amat tepat!!selamat tinggal karier PA..Selamat tinggal Kerja kesayanganku...

FEBRUARI yang menyedihkan...

memasuki bulan februari amat sedih..kehidupan yang sibuk sesangat terasa sunyi...walaupun bagaimanapun,masih ada rakyat WB yang menelefonku dengan sebab ingin memohon perhatian..aku jawab telefon dengan ayat standardku.."InsyaAllah li tolong,li akan sampaikan kepada YB..tp Li da xkeje ngan Che lah da.."....jiwa aku berkecamuk kerana dalam hati ingin saja membantu..namun jawatan yang bukan lagi dalam platform 'org kanan' ini agak membataskan pergerakanku..aku mohon dengan pemandu YB che lah,sekali sekala aku nk drive che lah..tapi pada jumaat dan sabtu sahaja..berborak tentang segala macam..sesungguhnya aku merindui karierku..walaubagaimanapun,bermula 1/2/2009 aku memulakan karier baru bersama EAST COMPUTECH SYSTEM SDN BHD..memikul amanah sebagai PEGAWAI KAWALAN KREDIT..tugas yang tidak kurang mencabar..tetapi gembira dengan pengalaman baru itu..
aku memilih karier itu sebab aku bekerja waktu pejabat..dapat la kiranya aku bekerja sambil belajar memandangkan kuliah aku hanyalah dimalam waktu...selamat datang kerier ku...

MAC yang menggembirakan...

bulan ni,semestinya bulan yang amat menggembirakan..sebab,tanggal 7hb,genapla umurku 22tahun..melangkah kealam 22 ni adalah sesuatu yang memungkinkan soalan dari kebanyakan golongan berumur yang mengenaliku..dengan soalan "bila nak kawin?",membuatkan aku tersipu2 malu..dan jawapan yang aku bg adalah sama.."belum ade calon..."..hehe..agak menyeronokkan..bila sampai 7hb,masa tu hari sabtu,ma tanyalah nk makan ape...aku jawab la,SOTO....soto is my fevret and im so hardly love it..ma kate ok..tapi nk g berubat resdung..so ma ajak la Makcik Mah selaku jiran depan umah tu..sebab cik mah tau tempatnya...kiteorg pun p la kat tumpat..berubat..balik je,trus balun SOTO..time tu la Cik Mah tau fevret aku..hehe..walaubagaimanapun,aku dapat kek yang ada gambar PATRICK kat atas tu..so sweet...:) selamat datang 22....

APRIL yang mengejutkan...

Bulan april ni amat 'extra-ordinary' untuk aku..bulan ni adalah bulan dimana aku mendapat idea untuk memulakan perniagaan sendiri..bermula dengan satu ilham dipetang sabtu masa tgh menghirup jus timun batang kegemaran ku di laman rumah...hmmm...futsal...apakah yang aku dapat dari futsal?melihat tanah kosong ditepi rumah,aku memulakan usaha mendalami masalah dan peluang dalam futsal...memulakan usaha mengarang 'rancangan perniagaan' sendiri..memaksa diri ku untuk bersengkang mata..menaip,menulis,menelaah segala macam benda dalam futsal...
aku tekad meneruskan usaha untuk memajukan tanah kosong dengan perniagaan futsal...

MEI menggarap langkah...

bulan ni juga merupakan bulan futsalku...seharian sibuk dengan futsal..seakan kesinambungan dari bulan april..ma jgak sambut bestday yang ke 45 pada 5hb..aku hadiahkan ma sepasang kain dan ma buat jubah..hehe..so cute la...i luv u mom...mmuuaahhxx!... adik kesayangan juga genap 13 tahun pada 8hb..juga aku hadiahkan jersi merah kepada nya..suka melihat dua wajah ni gembira dengan hadiah ku..suka bila melihat senyuman yang terukir..yang pastinya..aku PUAS!happy besday ma n adik...

JUN yang menggenapkan jumlah...

SELAMAT PENGANTIN BARU....siapa?siapa?hehe..kaklong aku la...dia selamat diijabkabulkan dengan pilihan Illahi..abg long hadir menggenapkan jumlah family menjadi 6 orang..hadirnya abg long membawa sejuta sinar dalam keluargaku..keinginan ayah dan ma menimang cucu bakal terjadi..Thanks MR AL-KHUSAIRE..kamu hadir tepat pada masanya..sesungguhnya jadikan aku sebagai Ayah Saudara..hehe..ape panggilan nya ek?ayah ngah?ayah li?hehe...tunggu la saat tu...
selamat pengantin baru...diwaktu majlis hantar menantu,aku seakan 'dipertemukan' dgn 'tulang rusuk kiri' ku..hehe..'tulang rusuk kiri' pun pakai baju purple..sama tema ngan kami...selain tu,bulan ni adalah bulan bestday kak long yg ke 25...tanggal 13hb...

JULAI yang menggerakkan hati..

semasa dalam perbincangan bersama unit daftar pemilih DUN wakaf bharu,aku lontarkan persolan kepada team daftar pemilih...berapa ramai anak2 ahli PAS yg daftar?berapa statistiknya?kemudian timbul idea bernas..idea yang tidak dapat diceritakan secara detail kerana menjaga maslahah strategi unit ini..aku pilih untuk test projek ni kepada beberapa ahli keluarga..termasuk lah keluarga 'tulang rusuk kiriku'..tapi bukan niat utk apa2 tujuan,hanya proses kami je..then,disitula aku dapat no tepon 'tulang rusuk kiri'ku..bermula kisah perjalanan yang bakal menggembirakan semua pihak terutamanya aku...selain tu,bulan ni not much more than anything..

OGOS yang panjang...

Bulan ni banyak berorientasikan kehidupan sebagai penggembara..camne tu ek...hehe..ni la bulan yang aku rasa kehidupan aku hanya kl-wb..sbbnya setiap ari khamis,lepas je keje,aku take train to kl..13jam lamanya diatas keteapi..tapi sbb dapat bilik kelas 1 so,much more fun for me..dok dalam bilik kadang2 sorang je..hehe...so masa tu aku manfaat dgn membaca..selain menyiapkan paperwork utk futsal...huhu..penat tapi best...selamat berusaha faddy!!!

SEPTEMBER yang indah...

bulan ni agak menggamit perasaan..setelah lama membujangkan diri..aku akhirnya mengorat 'tulang rusuk kiri'ku..tarikh keramat 18hb telah mengubah satu lembaran hati..menambatkan dua hati yang bertaut diatas lembaran kasih dan sayang..mengubat segala macam perasaan dan mengajar erti rindu..hati yang telah lama 'gersang' kini terubat..janji agar sama2 menjaga hubungan telah dimeterai..'tandangan' seakan 'memorandum of understanding' atau "MOU" diantara aku dan dia juga dibuat agar sama2 setia..kini,kebahagiaan bercinta dan berkasih syg mula terasa...org yang dimaksudkan sebagai "partner" dlm "MOU" berkenaan adalah anak cik mah...jiran depan umah ku..bakal terjadi ikatan kekeluargaan..'Tulang rusuk kiri'=Siti Sarah Bte Mat Nawi...selamat datang kamu wahai kekasih ke dalam hatiku....ayah juga menyambut hari lahirnya yang ke 50 tahun ni...tanggal 4hb..aku hadiahkan sehelai baju batik..just nice with u dad..i luv u...

OKTOBER yang menguatkan hati...

perjalanan sejauh 387km aku harungi untuk mengubat kerinduan...sejauh 387km jarak yang memisahkan aku harungi..tanggal 17hb merupakan satu tarikh dimana kami bertemu di KUANTAN..selama satu hari satu malam bersama kekasih menyebabkan aku semakin sayang...kami ke mall..menonton wayang pertama..PAPADOM..gembira mendengar hilai tawa dari sarah disaat Afdin Sauki mengutarakan lawaknya..kemudian aku dibawa ke UIAnya bagi menghadiri i Quess..satu hari dimana semua org dijemput hadir...kemudian aku menghadiahkannya beberapa barang dan sejambang bunga ros merah..aku bisikkan padanya.."SAYA AKAN SYG AWAK SAMPAI BUNGA2 NI LAYU..manakan layu bunya tu sebab aku hadiahkan nya bunga artificial...juga teddy bear sebagai peneman beliau dikala merindui ku...dinamakan sbg "feddy"..aku juga menerima sehelai baju kemeja dan pin SPONGEBOB..comel..i like it very much dear..thanks...Selamat ulang 'bulan' pertama syg....

NOVEMBER yang menyempurnakan...

bulan ni merupakan bulan fokusku kepada FADDY FUTSAL AND MANAGEMENT..aku niagakan segala mcm peralatan dan perkhidmatan yang halal..bulan ni saja aku berjaya depositkan wang sebanyak ++RM9,000.00...bulan ni jugalah bulan dimana aku ke kuantan bagi membuktikan rasa kasih dan syg ku kepada sarah dengan menjemput beliau..perjalanan sejauh 400km aku dan sidia harungi...mungkin terasa pelik kenapa perginya sejauh 387km,tp balik sejauh 400km...sebabnya aku pilih untuk guna laluan pantai..nak bawak jalan2 la katakan..hehe..selamat pulang syg..

DISEMBER penutup tahun...

bulan ni merupakan baki bulan terakhir dalam tahun 2009...bulan menguji tahap kejujuran dan kesabaran dalam bercinta..namun aku hepi sbb kami berjaya hanrungi...bulan ni juga sekali lagi beliau balik untuk bercuti 3 hari..aku gunakan masa 3 hari ni dgn pengisian yang berharga..sarah juga menyambut hari lahirnya yang ke 22 tanggal 21hb...selamat ulangtahun syg..aku hadiahkan seutas gelang tangan..atas tujuan,aku nk beliau bersama ku sepanjang masa..aku gelangi hidupnya dengan gelang kasih..beliau seakan gembira dan aku juga sedemikian rupa..bulan ni juga aku dengan tetiba mengusik cik mah dgn mengatakan bahawa tahun depan aku nk kawin..and of course with anaknya,siti sarah...teruk sarah diperli..namun itu bukan sekadar usikan ku..itu adalah target ku..selamat bakal pengantin baru tahun depan...

selamat tinggal 2009...
selamat datang 2010...
moga2 tahun ini lebih baik dari tahun lepas..
dan..
semestinya tahun depan lebih baik dari tahun ni...:)



No comments:

Post a Comment