Friday, March 4, 2011

Ustaz azhar Idrus-Papa Kedana

Assalamualaikum semua.

mcm mana keadaan saudara/i yang saya kasihi?

Post saya kali ni adalah promosi kepada VCD Ustaz Azhar Idrus yang menyampaikan kuliah dhuaha pada 25 Februari 2011 di Medan Ilmu Kota Bharu. Bagi rakyat kelantan,kita telah terbiasa dgn kuliah yang dilaksanakan setiap pagi jumaat. Idea seorang Menteri Besar yang bertaraf ulama’ ni berjaya menyampaikan kefahaman Islam dengan lebih meluas. Telah beratus-ratus Ustaz yang menyampaikan kulian dan telah beribu malah berpuluh ribu yang mendapat manfaat.

Kini kuliah boleh dinikmati bukan saje warga kelantan malah warga seluruh dunia kerana kita telah mencapai kemajuan laman web. link yang sentiasa disebar dalam laman-laman sosial seperti facebook telah melebarkan lagi sayap dakwah.

Pada 25 Februari 2011,tiba giliran Al Fadhil Ustaz Azhar Idrus yang terkenal dengan lawak spontan yang berjaya menyedarkan manusia. Perkataan seperti “berat nanang”, “balik awal kite”, “dok rok cetong”, “die mari pulok” dan lain-lain sentiasa meniti bibir setiap peminat setianya. Kuliah yang beliau sampaikan pada pagi jumaat yang lalu dimulai dengan soalan apa yang kita nak bawa untuk bekalan akhirat itu amat santai,ringan dan saya rasa harus menjadi bahan kuliah untuk anak dan isteri. malahan tidak keterlaluan saya katakan ianya harus dimiliki oleh setiap keluarga yang sayang pada akidah anak-anak mereka.

Kita juga akan disajikan dengan 4 perkara yang sentiasa menanti kita. Bagaimana pengetahuan kita tentang 4 perkara ini mampu mengubah haluan kefahaman kita tentang Islam yang sebenar. Kemudian ditekankan bagaimana sikap samseng itu tak mapu melawan kuasa Allah SWT. Adakah kita sedar dalam kehidupan dunia ni,ada saja yang melawan kuasa Allah. Maka kita harapkan bahawa kita tak termasuk dalam kategori berkenaan.

Paling bagusnya,bagaimana seorang manusia yang hidup dalam dunia mencari dunia,bak kate ustaz azhar idrus, Orang yang duduk dalam rumah tapi masih mencari rumah adalah manusia yang pelik.:)
Yakinlah bahawa dengan memiliki kuliah ini,kalian tidak akan rugi walau satu sen pun.:)

Saya mahu tawarkan kepada kalian VCD berkenaan dengan kos semua sekali serendah RM10.00. saya akan pos vcd tu kepada saudara/i Saudara hanya perlu Bank-in kepada saya dan saya settlekan semuanya,InsyaAllah.;)
hubungi saya di talian 013-939 7387 (Md Fadhli) utk maklumat lanjut.:)

Mohd Fadhli Bin Mohd Noor
013-939 7387
014-836 3144
faddy_7387@yahoo.com.my

VCD USTAZ AZHAR IDRUS

No comments:

Post a Comment