Sunday, February 28, 2010

ALFATIHAH BUAT ARWAH ADIK SYAFIA HUMAIRA.

manusia kini hilang pertimbangan...
selepas kejadian demi kejadian yang menimpa insan-insan kecil,tidak kah kita mengutarakan soalan kepada diri kita?
manusia jenis apa mereka ni?
acuan negara yang bagaimana yang kita mahukan?
hari ni terpampang didada-dada akhbar,Azab Yang terpaksa ditanggung oleh insan kecil..
seorang anak kecil, Syafia humaira,3 tahun, menghembuskan nafasnya yang terakhir selepas dibelasah teruk kekasih ibunya, dengan segala macam perbuatan tak munasabah.. perutnya pecah,kepala nya mengalami konkusi yg teruk, buah pinggang nya pecah, semuanya angkara seorang manusia yang tak bermoral. namun apa pendirian kita untuk menjamin kejadian seperti ini tidak berulang. mungkin kes Arwah Syafia merupakan kes yang sadis. yang mana dengan keyakinan saya bahawa ini bukan kes tunggal di Malaysia.
apa perkataan yang lebih teruk dari syaitan untuk kita kalungkan kepada si pelaku?
apakah tiada sekelumit rasa kasihan kepada tangisan kesakitan anak kecil ini?
disaat mata meneliti bait2 tulisan yang ditulis wartawan berita...
hanya doa buat arwah adik syafia yang mampu saya iringkan..
hanya air mata kesedihan yang mampu saya alirkan kepada arwah adik syafia..
tidak terlintas segala penderitaan adik syafia..
Pendarahan otak..
Cedera parah diperut dan ginjal...
serta luka, lebam diseluruh badan...
apakah kesalahan adik syafia kepada kita untuk adik syafia menerima hukuman sezalim ini?
apakah mampu adik syafia menanggung semua ini?
adakah layak untuk manusia keji itu memperlaku dan menghukum adik kecil ini?
jauh disudut hati saya...
saya bersimpati dengan penderitaan adik syafiah...
disaat melihat mayat yang terbujur kaku...
matanya yang masih lagi dapat dilihat...
seolah2, menyatakan penderitaan beliau yang tidak tertanggung...
penderitaan adik syafia,hanya beliau yang merasai....
namun yang pasti,kita rakyat malaysia harus mengutuk si pelaku.
apakah kita menuju kezaman kegelapan?
dimana suara2 yang lantang mempertahankan sahsiah kemelayuan?
apakah ini cara kita mengurus tadbir alam?
adakah ini bukti yang mahu kita bawa dihadapan Allah?
apakah kita mahu pelbagai lagi "bencana akhlak" menimpa kita?
Syafia,adalah diantara sinar2 yang boleh digilap bagi masa depan...
namun syafia kni tinggal kenangan...
kepada ayahnya,ibunya,kaum keluarganya,malah seluruh rakyat malaysia..
syafia kini meninggalkan kita...
syafia kini selamat di alam sana...
keyakinan saya, syafia kini berlari2,bergembira di alam syurga...
mudah2an syafia adalah contoh terakhir kezaliman manusia bertopengkan syaitan..
mudah-mudahan pelaku diberi keinsafan akan kekerdilan dirinya...
mudah2an taubat mengiringi penyesalan beliau...
kalau tidak...
tunggulah azab Allah kepada kamu di dunia dan akhirat...


ALFATIHAH BUAT ARWAH ADIK SYAFIA HUMAIRA.

No comments:

Post a Comment