Friday, March 19, 2010

membayangkan nilai 10 sen

semalam,masa dalam perjalanan dari kota bharu ke Kuala Lumpur, saya terlintas akan bagaimana besarnya nilai 10 sen tu dalam kehidupan saya.
entah kenapa, tiba-tiba ingin sangat hati saya membayangkan nilai 10 sen ni.
dulu2,ramai org yg bersuara,"kalu demo ada RM 999,999.90, demo xjadi jutawan lagi"
keberkesanan itu tidak ada. kerana saya yakin, waktu itu, nak mecapai jumlah RM 999,999.90 pun susah. lalu saya tinggalkan bayangan kebesaran nilai 10 sen....

semalam,saya memikirkan ia kembali. dengan metodologi lain, saya membayangkan wallet saya penuh dengan note RM50, RM 100 dan 20 sen. kemudian,saya terasa nak buang air kecil. Tiada tempat percuma kecuali tandas yang perlu dibayar 30 sen. apa saya nak buat? adakah saya akan hulurkan note RM 50?sudah semestinya baki utk wang sebesar itu tiada..

semestinya saya akan terkial2 cari duit 10 sen utk mencukupkan 30 sen bagi melunaskan hajat saya. bayangan saat tak tahan nk buang air kecil, mmg tinggi. apa saya nak buat?serahkan RM 50 dan bg tau, keep the change?or, merayu2 kat petugas bas agar benarkan saya masuk?
now, itulah besarnya nilai 10 sen yang saya boleh bayangkan dalam hidup saya...

No comments:

Post a Comment