Sunday, January 31, 2010

K.E.C.E.W.A

salam..

agak lambat sebenarnya menintakan kalimah..masa mengongkong perjalanan jari untuk berbicara..setelah suara seakan 'hilang' dari kerongkong..bermula dari kisah satu petang yang sedikit sebanyak mengubah lanskap perjalanan hubungan 2 hala diantara saya dan anak jiran saya..setelah seakan 'dibangkitkan secara tidak sopan' dari keindahan mimpi dalam kehidupan yang cukup sempurna..saya berfikir..adakah akan saya coret segala-galanya?YA..akan saya coret kan satu persatu..kerana ni sajalah jalan untuk saya rasa segala penjelasan boleh dialirkan..mungkin akan ada pihak yang mempersoalkan akan hal mencoretkan sesuatu seperti ini tidak akan menjamin apa2..adakah org itu akan baca?saya mengambil sikap tidak peduli sekiranya beliau tak membaca..kerana org yang membaca,kategorinya cerdik..beliau,saya sifatkan sebagai kurang cerdik dari segi tindakannya..mengapa beliau,tidak datang kepada saya dan bertanyakan hal sebenar?kenapa menyebarkan fitnah di kedai-kedai kopi?tergamaknya beliau mengambil pendekatan sedemikian?menyebarkan fitnah dengan mengatakan kepada saya bahawa saya bergambar dengan anak cikgu nawi,siti hajar..pakai baju warna hijau..

fitnah..ini semua fitnah...
2 fakta fitnah yang membuatkan saya amat KECEWA..
ingin saya jelaskan disini..
fakta sebenar..

SAYA TIDAK PERNAH DALAM KEADAAN SEDAR ATAU TIDAK SEDAR, BERGAMBAR DENGAN SITI HAJAR MAT NAWI..
DAN SAYA MEMOHON MAAF SECARA TERBUKA KEPADA SITI HAJAR KERANA TELAH TERPALIT DALAM PALITAN 'LUMPUR' ORG YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB..


kesian hajar,dia baru umur 16 tahun,tapi orang yang menyebarkan fitnah itu tidak memikirkan bagaimana hajar dan keluarganya hadapi..
secara terus terang,saya memang agak terkilan dan segan dengan Cikgu Nawi dan keluarganya.maruah kami telah diperdagangkan dengan nilai sebuah mulut yang tidak bertapis..

dulu,saya masih ingat...

disaat saya didatangi oleh seorang AJK Masjid untuk memohon sumbangan Karpet dari YB ADUN..kemudian saya cuba mengambil tanggungjawab memantapkan "berat sama dipikul,ringan sama dijinjing.." saya terus merangka satu 'plan' bagaimana kita,sebagai masyarakat teramai untuk sama-sama berganding bahu menukar karpet masjid..dengan kaedah 1 lot RM30.00,saya memulakan usaha berkenaan..xsampai beberapa ketika,ismail sms ingin saya pulangkan kembali wang yang beliau sumbangkan..kerana katanya saya makan duit tersebut..FITNAH..fitnah dari seorang hamba Allah yang pada saya nampak warak la..sebab hadir ke majlis2 ilmu di masjid..kurang enak tindakan nya memfitnah saya..kerana saya tak makan duit karpet..saya sedih..kecewa..sampai sekarang beliau tidak datang memohon maaf kepada saya..

saya difitnah lagi.....kali ni dengan hajar...saya mengaku ada mengambil gambar dengan anak cikgu nawi..tapi bukan dengan hajar...
tapi dengan SITI SARAH..kakaknya..
dan,saya akan memperisterikan Siti sarah setelah Siti Sarah habis belajar..yakin dan pasti..

Tuesday, January 26, 2010

blog baru...

salam..
just nak bgtau...
ada blog baru...
pasal company saya...

http://faddy-futsal.blogspot.com

sila2lah jenguk...

Monday, January 25, 2010

program kekeluargaan...










rasanya da agak lama aktiviti bbq ni saya x join..
dalam 5-6 bulan barangkali...
tapi smalam,ngan perancangan sarah,kami wat la program bbq yang melibatkan keluarga...
best laa..
antara juadah2 yg ada...
  • ayam
  • udang
  • ikan 'tuko'
  • jagung (2 je..hehe)

paling best masa makan ikan ngan pencicah yang mak sarah buat..just nice...start bbq lebih kurang jam 9 lebih...tapi saya balik hampir jam 2...bukan sbb membakar,tapi tengok muvie korea lepas bbq...hehe.. special thanks to family sarah...n semua pihak yang terlibat menjayakan nya...

pagi ni letih sgt,bangun p pejabat pun lewat..almost 10 a.m...sorry boss....

Sunday, January 24, 2010

diantara dua arah...

tajuk saje dulu...dalam proses penulisan..hehe

Thursday, January 21, 2010

serahkan pada yang pakar...

hari ni melayari laman blog en. k**k******a...
hehe..lawak punya post...
ape la...
biar la org ekonomi yang mengawal perjalanan sesebuah ekonomi...
kita yang bukan dibidang ekonomi,get move...
jgn jadi batu penghalang kepada perjalanan sesebuah jentera ekonomi...
anda mengaku anda adalah artis...so,artis xperlu campur tangan dalam isu ekonomi...
jangan hanya 'melalak' sambil mengungkai bait-bait lagu 'ekonomi' kerana kami tak faham ape yang saudara nyatakan...
saya berseteju dangan sedikit pendededahan..namun,bukan mudah bagi seseorang untuk bertindak dengan ada bebanan dibahu org tersebut...
siapa akan rugi?
semestinya lah saya selaku anak kelantan..
isu hak rakyat harus didokong..tapi mestilah seimbang...
jgn hanya menilai keburukan seseorang sedangkan kebaikan itu lebih mulia dari keburukan..
serahkan pada pakar..
jangan bagi labu pada tikus...
nanti labu kemana,tikus kemana...

seseorang yang master dalam teknikal,kita bagi die jaga teknikal...
seseorang yang master dalam ekonomi,kita bagi die jaga ekonomi...
seseorang yang master dalam art..kita bagi die ber'art'...
kita cuma manusia..saya sentiasa dibelakang kepimpinan YAB MB kelantan...
islam bersinar dizamannya...

Wednesday, January 20, 2010

gemuk?

adus...
3 tahun lepas..berat saya cuma 50-55 kg jer...
2 tahun lepas..berat saya cuma 60kg je...
1 tahun lepas(bulan12/2009)..berat saya naik 68.4kg...
tapi arini?68.9kg?
what?
mokmok kate sarah...
sarah cakap,kena diet da...
nanti baju xmuat..susah...
haha...
selera bertambah sejak dua menjak ni....
xpe la...
mokmok jgn terlampau sgt da la ye...
hehe...
time to play futsal now...................................
saya nak kembali langsing di perut...

Tuesday, January 19, 2010

AKU BERSEDIA....

seringkali dikala saya mengikuti ceramah berbentuk motivasi atau ceramah pemantapan diri,pemotivator mengutarakan tentang tuntutan pengorbanan bagi memenuhi ruang kejayaan..
namun,dikala menerima saranan sedemikian menyebabkan saya terfikir apakah bentuk pengorbanan itu?
dan apakah kepahitan pengorbanan itu boleh dimaniskan dengan sebuah kejayaan yang diimpikan?
percaya atau tidak,sebenarnya hidup kita senantiasa bersama pengorbanan dan kejayaan,cuma sedar atau tidak,itu yang menjadi isu kepada kita...
disaat saya berseorangan diwaktu2 tertentu,saya cuba memeajmkan mata dan mengosongkan minda bagi melihat sejauh manakah erti sebuah pengorbanan dan sejauh manakah nilai sebuah kejayaan...
saya pernah dituntut untuk mengorbankan apa yang dipanggil sebagai keseronokan tido disaat diri saya membulatkan tekad utk memajukan diri...
kini hasilnya semakin menampakkan sinar..
entah bagaimana, tidak terlintas di fikiran saya untuk bergerak sejauh ini...sehinggakan saya hampir mempelajari kesemua cara dan matlamat untuk mencapai sesuatu...
dulu,masih ingat di bayangan hati,apabila soalan yang diutarakan kepada saya,nk jadi ape bila besar nanti?
jawapan saya cukup mudah..PILOT..
sebabnya?saya dikelilingi dengan suasana ketenteraan dan melihat betapa hebatnya seorang Pilot melangkah...
segak..itulah persepsi saya...
namun,cita-cita itu semakin pudar disebabkan saya dikelilingi dengan masyarakat yang dahagakan perhatian dek kerana kesempitan hidup...
saya seakan tidak nampak bagaiman jika saya seorang pilot,saya boleh mengubah hidup masyarakat...
kemudian saya 'korbankan' cita-cita untuk jd pilot dengan terjun ke bidang politik..
satu bidang yang kita seadanya menafsirkan sebagai sesuatu yang agak ekstrim barangkali...
bidang ini menampakkan ada usaha kecil yang dapat dilaksanakan bagi memperjuangkan hak dan kesamaan di antara semua pihak..
tapi sekali lagi pengorbanan menuntut saya meninggalkan bidang politik sementara waktu bagi mencapai sasaran untuk membantu masyarakat..
cara lain saya tak nampak,cuma saya rasa saya boleh membantu dari segi kewangan...
dan kewangan yang kukuh sudah tentu amat mudah diangkat melalui perniagaan..dan sekarang,pengorbanan yang besar pula menuntut agar saya beranikan diri untuk itu...
dan hati kecil saya dgn beraninya menyebut..
"AKU BERSEDIA..."

terpanggil sebagai anak kelantan...

kecewa dikala singgah di kedai kopi pg smalam...
datang sorang otai yang mempunyai tujuan yang sama,iaitu makan...
mengenai beliau sebagai kakitangan sebuah anak syarikat kelantan...
lantang beliau bersuara...
lantang menyatakan pendapat beliau..
"KERAJAAN NEGERI JUAL NEGERI..."
ape ni?
tuduhan liar apakah ni?
saya mengakui mengikuti perkembangan BAZAR Tok Guru melalui satu laman blog yang cukup terkenal dengan pendedahan berani...
saya memuji tindakan beliau yang mahu menunjukkan kebenaran...
namun saya yang baru mencecah usia 20-an ni cuba sedaya upaya utk tidak termakan dengan pendedahan itu...
kerana bagi saya..There will be always a reason for something....
namun kehadiran otai td membuatkan saya sebagai anak muda merasa kecewa...
kecewa dgn tuduhan liar itu..
hujah yang digunakan sama dgn hujah blogger berkenaan...
apa ni?
kemudian saya melayari laman blog seorang ahli exco kerajaan negeri...
meneliti jawapan yang diutarakan beliau sebagai exco kanan kerajaan...
jawapan yang bnyk memberi kesedaran kepada saya bahawa tanggungjawab ekonomi bukan terletak pada bahu tok guru sorang...
tapi tanggungjawab ini adalah bersama...
saya menyokong pandangan EXCO kanan kelantan ini dalam isu bazar tok guru...
berikut adalah penjelasan beliau yang saya copy dr blog beliau...
atau kalian boleh lawati laman blog beliau di : http://www.cetusan-hati.blogspot.com
post:CERITA BAZAR

ulasan Dato' Husam.
  • Tuhan mencipta manusia dengan bakat yang berbeza.

    Apabila artis cuba mentafsir angka, fakta ekonomi sudah menjadi lukisan abstak.

    Mengeluarkan pendahuluan untuk membeli aset sebanyak 23 juta, bukan bermakna kerugian. Tidak sama sekali.

    Perjanjian antara PMBK dengan Sensa Timur telah tertandatangani. Sensa Timur akan membina sebuah Bazar tiga tingkat dengan perbelanjaan syarikat. Tingkat satu dan dua yang dianggarkan bernilai RM 40 juta akan diserahkan kepada PMBK. Pulangan untuk Sensa ialah tanah seluas 6 ekar beserta tingkat bawah Bazar tersebut. Sebahagian tanah pula akan digunakan sebagai jalan untuk laluan baru dan juga kegunaan awam yang lain.

    Nilai Bazar tingkat bawah itu ialah RM 23 juta.

    Sekarang, peniaga yang hendak ditempatkan di Bazar ini mahukan tingkat bawah juga dijadikan sebagai lot untuk mereka. Bazar ini sepenuhnya untuk para peniaga kecil. Itu yang mereka mahu. Kerajaan pula, memang bercadang melindungi terus para peniaga kecil ini dengan kedudukan perniagaan yang strategik. Itu hasrat Tok Guru.

    Kalau Kota Bharu dikatakan barangan dengan harga murah, mungkin sebahagian ialah kerana kos premis yang juga murah. Kalau premis sudah berharga mahal, barangan yang dijual juga perlu naki harga.

    Keperihatinan Tok Guru dalam isu ini amat jelas.

    Menjelang pilihanraya yang lalu, isu ini berbangkit sekali lagi kerana Pasar Lama MPKB yang telah berusia lanjut dan disahkan uzur, perlu dirobohkan. Ke mana peniaga di situ akan ditempatkan?

    Mereka bersetuju Bazar Tok Guru adalah 'sarang' perniagaan mereka yang baru.

    Mungkin ada sedikit 'over look' di pihak PMBK ketika menandatangani perjanjian itu. Mungkin PMBK beranggapan mana-mana tingkat adalah o.k bagi peniaga.

    Selepas peniaga membangkitkan semula isu ini dan memohon jasa baik Tok Guru untuk tetap menjadikan premis utama perniagaan mereka di tingkat bawah, selain lain-lain tingkat, Tok Guru telah bersetuju membentuk sebuah Jawatankuasa yang dipengerusikan sendiri oleh YB Datuk Timbalan Menteri Besar. Jawatankuasa ini dipersetujui oleh Mesyuarat Exco Kelantan.

    Jelas, kelebihan Tok Guru. Jarang pemimpin akan bersikap lunak atas nama hasrat dan permintaan rakyat dan terbuka untuk apa sahaja perubahan asalkan ia boleh memberikan kepuasan kepada pelanggan iaitu rakyat jelata. Kenapa sikap dan pendirian Tok Guru ini tidak dibesar-besarkan dan disanjung?

    Jawatankuasa ini telah beberapa kali bermesyuarat, termasuk dengan wakil peniaga. Keputusan terakhir Jawatankuasa telah dimaklumkan untuk persetujuan Exco Rabu lepas.

    Kerajaan akan membeli dari Sensa Timur, mewakili para peniaga, bahagian mereka dari Bazar ini iaitu tingkat bawah, dengan harga nilaian RM 23 juta.

    Tujuannya ialah supaya tingkat bawah tersebut boleh dijadikan lot peniaga kecil dan boleh dijual atau disewajual kepada para peniaga.

    Jika setiap lot dijual dengan harga RM 60,000, dengan jangkaan lotnya sebanyak 383 lot, Kerajaan boleh mendapatkan semula RM 23 juta tersebut. RM 23 juta itu sebenarnya hanyalah bayaran pendahuluan oleh Kerajaan. Lagipun, ia tidak perlu dikeluarkan serta merta dan mungkin hanya perlu dibayar selepas pembinaan disiapkan. Ini bermakna, dalam tempoh pembinaan, Kerajaan sudah boleh memulakan jualan lot-lot berkenaan.

    Bagaimana jumlah RM 23 juta yang merupakan harga bagi tingkat bawah Bazar itu yang akan diperolehi semula oleh Kerajaan boleh dikatakan kerugian?

    Jika ia dikatakan kerugian, itu bukan rumusan ekonomi tetapi sebuah karya seni. Apa motif karya seni dihasilkan sedemikian, terpulang.

    Antara peniaga yang akan dipindahkan ke bazar baru ini selain peniaga Arked Lama MPKB ialah peniaga Arked Uda.

    Kalau Arked Lama MPKB dikatakan uzur, peniaga Arked Uda pula perlu berpindah kerana Uda akan mendirikan gedung perniagan baru mereka di tapak yang ada sekarang.

    Uda ditubuhkan untuk menjaga kepentingan strategik orang Melayu di pusat-pusat bandar.

    Dalam perjalanannya yang jauh, fungsi UDA semasa penubuhannya dulu mungkin telah beransur berubah.

    Bangunan yang besar dengan ruangan niaga yang mahal, dicampur orientasi keuntungan, sedikit demi sedikit meletakkan tanggung jawab sosial semakin terpinggir.

    Dalam kes ini, Kerajkaan Negeri pula terpaksa mengambil alih peranan UDA dengan peniaganya sendiri di Arked mereka terpaksa mencari tempat bernaung di bazar yang akan didirikan khas oleh Kerajaan Negeri.

    Ini sebenarnya sudut yang harus dilukiskan dengan penuh perasaan oleh artis-artis. Lebih-lebih lagi, bagi sesiapa yang masih ingat kisah peniaga kecil ini yang terpaksa berpindah randah, bermula darti Medan Hijau berdekatan Bangunan UMNO Negeri Kelantan sekarang, satu masa dulu.

    Atas sebuah perjalanan yang datang bersekali dengan pertukaran Kerajaan pada masa itu dan sebuah obligasi sosial yang akan dijayakan oleh Tok Guru, RM 23 juta bukan pertaruhan tanpa perhitungan.

    Ia gambaran komitmen Kerajaan Negeri terhadap nasib rakyatnya , termasuk para peniaga dan atas tujuan memenuhi obligasi sosial sahaja, ia selamanya bukan sebuah kerugian.

    Bagaimana maklumat ini bocor?

    Ia satu sudut bagaimana isu ini boleh dilihat, kalau maklumat ini dirasakan rahsia atau perlu dirahsiakan.

    Pertama, ia dibincang oleh Jawatankuasa. Jawatankuasa ini ada ahlinya. Pemaju juga mungkin dijemput untuk berbincang dan persetujuan mereka tentulah perlu. Kerana itu, mereka mungkin orang paling awal tahu tentang maklumat ini. Waklil PMBK juga mungkin hadhir dan wakil ini mungkin pula perlu berbincang dengan rakan sejawatan mereka di PMBK. Mereka tahu tentang maklumat ini, Ia kemudian dibincang dalam Exco.

    Jika 'kebocoran' ini perlu disiasat, saya sangat menyokong. Ia boleh mengelakkan ada mana-mana pihak menjadi mangsa permainan- baik bernama sangkaan atau tudingan. Jalan yang paling mudah, rasa saya, ialah Tok Guru memanggil majlis dan dengan menggunakan apa-apa kaedah yang diajar oleh Islam, mencari orangnya. Ia boleh bermula dengan Ahli Exco sendiri supaya ia tidak berpanjangan dan berterusan dalam prasangka.

    Juma'at lalu, Mahkamah Rayuan di Putra Jaya telah menolak rayuan seorang peniaga yang telah menyaman Akademi Keluarga Bahagia atas isu pembekalan baka-baka kambing. Sebelum ini, Mahkamah Tinggi Kota Bharu telah juga menolak permohonan mereka.

    Isu ini telah dikaitkan dengan saya sedemikian lama oleh seorang penulis blog. Sesekali tulisan penulis blog ini semacam menunjukkan ada maklumat dalaman. Pada masa yang sama, penulis ini berkawan rapat dengan pemimpin dan orang tertentu. Malah permit penerbitannya digunakan untuk menerbit satu tabloid pro PAS.

    Rasanya sudah lebih emat tahun blog ini mencincang saya berbagai gaya.

    Saya mengambil sikap tidak bertindak balas baik pada penulis blog tersebut mahu pun rakan-rakannya yang sesetengahnya juga adalah rakan saya.

    Sebabnya, isu yang dibangkitkan tidak faktual. Ia lazimnya dicampurkan dengan fantasi dirinya sendiri. Ia sampai lebih tahu apa ada dalam hati kecil kita dari kita sendiri. Ia sampai memasang niat saya seakan dia adalah saya dan saya adalah dia.

    Tapi itu bukan kerja baru.

    Islam telah mengajar semua itu.

    Selagi kita benar, kebenaran akan terserlah, lambat atau bangat.

    Keputusan kedua mahkamah itu adalah contohnya.

    Serangan seperti i ni amat bertunjangkan kebencian, bukan kejujuran.

    Dalam kes baka-baka kambing tadsi, kisah bermula apabila saya meminta bekalan yang hendak dihantar kepada Kerajaan mestilah dijalankan melalui proses tawaran harga. Tawaran syarikat lain untuk spesifikasi sama ialah semuanya di bawah RM 900.

    Ia menjadi punca kemarahan tetapi Insya Allah, saya rela mati mempertahankan prinsip dari tunduk kepada ugutan.

    Ia memang tidak mudah. Sentiasa ada pemain-pemain yang lincah bermain di luar garis peraturan. Sumbatan belakang tabir mungkin boleh terjadi.

    Namun, semua itu lumrah yang tidak ada penghujungnya sementara dunia belum kiamat.

    Zulaikha yang cuba memperdaya Nabi Yusuf tiba-tiba terlepas dengan bijak berkata-kata dan Nabi Yusuf pula menjadi mangsa tuduhan. Abang-abang Nabi Yusuf yang cuba membunuh baginda pulang menemui bapa mereka dalam keadaan menangis teresak-esak, membawa pulang baju berlumuran darah. Semuanya sebuah pementasan drama kehidupan.

    Sentiasa ada yang perlu berkorban untuk jenayah dan keburukan yang dilakukan orang lain.
wahai sahabat sekalian,fahamilah isu secara total...kerana kelak anda akan dipersoal oleh ALLAH SWT atas tindakan anda.....

Monday, January 18, 2010

ada duit=boleh bisness...

mesti kita pernah dengar org berbicara seperti ni kan...

"ada duit banyak baru leh bisness..."
"xde duit la nk berniaga..."


adakah statement ni betul?
adakah perlu ada duit utk berniaga...
perspektif ni mmg wajib ada dalam kebanyakan manusia di malaysia...
dulu pun aku pernah ada pendapat sedemikian,tp kini mmg pendapat ni dah xde dalam benak pikiranku...

sekejap tadi baru lepas baca majalah yang mmg menjadi langganan aku...
SME MAGAZINE...
halaman 49 manangkap mata utk membaca...
tajuk pun da best utk baca...
STARTING BUSSINESS WITH ALMOST NO MONEY..
point yang disampaikan pun agak jelas dan boleh dijadikan satu motivasi...
motivasi kepada seseiapa yang mahu mulakan perniagaan dan hampir tiada money atau lebih mudah diibaratkan sebagai xde modal dalam istilah perniagaan..

3 point yang digariskan dalam rencana tu..

  • start business from home
  • find business ideas which requires little or no money to start
  • find free sources of business start up funding
terlintas di fikiran dikala menghadiri YOUTH ENTREPRENEUR SUMMIT 2009 kat mid valley pada 7-11 julai 2009,ade seorang mamat cina bg talk..
die ckap masa die nk berniaga modalnya cuma 5 ribu je..
now sale turnover dia hampir 5 juta sebulan.......
bayangkan..

so,bg sesiapa yang nk berniaga and pikir bahawa modal perlu besar,think again..............

jari rindu keyboard...

woolaa...
lama bangat xmenulis...
dek kerana beberapa masalah yang timbul menyebabkan bidang tulisan ini ditinggalkan..
haha...
post ni pun sesaja nk buat bg mempraktikkan balik tenaga menulis..bukan ada reason lain pun...
hehe..
sori..
just rindu nk menaip....
next post maybe more educated than this...
nk blah dulu...
jam da pukul 445ptg...
nak solat asar..daa...

Tuesday, January 12, 2010

kebodohan manusia yang amat sangat....

BODOH!!!
satu perkataan yang jarang sangat aku guna...
tapi hari ni aku guna....
bengang...bengang ngan sikap seorang staff eastcom yang kaki bodek yang amat2 sangat....
ade ke patut,surat panggilan mesyuarat main letak je atas meja tanpa makluman apa2...
pastu selamba badak je ckap depan bos.."saya dah letak,die yang tak baca.."
WOI...Kau letak atas meja aku....tapi kau x bagitau aku....BODOH...
LETAK BUKAN MAKLUMKAN...
ada beratus surat atas meja aku........................................................
bengang tahap gaban pagi ni.....
lastly aku off tepon aku...
biar la...
ingat aku ni ape?
senang2 nak memperbodohkan aku?
HOI,kamu...perempuan suka bodek...aku tengok kau pun menyampah rasa...
da la aku xde chan nak backup diri sendiri...
mmg aku bengang...
bengong minah tu....
xpe2..nanti kebenaran muncul,mmg kau akan jadi kelu....
satu perkataan untuk kau.............................BODOH!!!!!!!!!!!!!!!!!

Sunday, January 10, 2010

penat....

penatnya rasa...
br balik dr jeli,p kat tanah ayahanda...
trip yg jauh,selama 2 jam dr umah,pastu kena berjalan kaki plak selama 1/2 jam..aduh...yang pasti,1 perkataan yang terkeluar is PENATNYA...
tapi seronok..sbb da lama sesgt xmasuk hutan...
da lama sgt xmandi denai...
da lama sgt x menghirup suasana hutan...
byk barang yang di bawaknya...
klewang(BAHASA KELATE YG DI KL KAN),mesin penebang,tiub tayar,cangkul,bekalan makanan...
bertolak dari umah jam 7,jam 9 sampai kat Jeli..
yang seronoknya,time mandi..aku ngan adik mmg xsabar2 da..
mmg mandi kat denai la..airnya sejuk,bersih...
mmg best..hujung minggu ni nak p lagi..
kali ni da pakat ngan adik,nak gali kolam sket..nk bg air die dalam...
pastu baru best nak mandi manda...
balik da petang..kul 430ptg...
pastu da penat sgt,terkeluar "hilux..hilux..."
haha..nk sangat pakai hilux...

Thursday, January 7, 2010

who i am?

M : Kejayaan mudah datang kepada anda.
O : Seorang berfikiran terbuka.
H : Anda tidak suka menghakimi sesuatu/orang.
D : Sukar mempercayai orang lain.

F : Semua menyayangi anda
A : Anda menjadi sangat pendiam apabila anda sedang memikirkan sesuatu.
D : Sukar mempercayai orang lain.
H : Anda tidak suka menghakimi sesuatu/orang.
L : Anda sangat percaya denga cinta dan mudah tenggelam ke dalamnya.
I : Selalu tersenyum dan membuat orang lain tersenyum.

ni maksud nama yang di sedut dalam facebook...huhu..
okay,time to coment.......

kalo anda tanya siapa saya berdasarkan ciri2 diatas,atau ciri mana yang paling tepat..saya akan jawab,saya menjadi sangat pendiam apabila saya sedang memikirkan sesuatu.cuma nak tambah kat sini,saya akan jadi sangat petah bila menyuarakan sesuatu yang dalam hemat saya amat betul..

yang lain saya tak nampak kesamaannya..cuma mengharapkan,Kejayaan mudah datang kepada saya...hehe...

Tuesday, January 5, 2010

kuasa memberi...

baru kejap tadi,ustaz din datang nak pinjam RM300.00..
aku xtau ape tujuannya..tapi aku ada cash cuma RM200.00..
so aku bg pinjam kat ustaz din atas dasar tolong seorang sahabat...
xsampai lima minit aku bg pinjam,aku dapat keuntungan...
tapi x banyak la..RM4.00 je..
citernya camni..datang sorang akak ni..aku kenal die ngan panggilan kak nik..
kak nik ni classmate uitm..
datang nak beli dakwat printer..
harga kedai RM63.00..
harga staff RM46.00..
so aku cakap la,xpe kak nik beli ngan kito..murah ckit..RM50.00 jah..
hehe..
kak nik bg la..
dapat la RM4.00..

aku just nak bgtau kat cni..
yg kuasa memberi tu ade n besar..
kita tlg org,Allah tlg kita balik... :)

pengumuman penting....

salam...

sesungguhnya saya,bermula 01/02/2010 bersamaan 16 Safar 1431H, akan melepaskan semua tanggungjawab dan peranan saya sebagai staff di eastcom.
bermula tarikh itu,saya tidak lagi mempunyai kaitan secara staff-majikan dengan eastcom.
dengan pengunduran ini,saya adalah dalam keadaan sedar menerima bahawa segala benefit yang diterima dihentikan dari eastcom.
bermula dari tarikh ini,saya juga bersedia untuk belajar hidup tanpa berkebergantungan dengan sesiapa dalam erti kata makan gaji.
saya juga bersedia untuk memulakan langkah sebagai org yang berjuang dalam erti kata sebenar.

sekian.
MOHD FADHLI MOHD NOOR
05/01/2010.
19 muharram 1431H
12.30 pm.
east computech system sdn bhd.

dalam dilema...

oh god...today,dalam doa selepas subuh,aku angkat tangan sambil memohon doa kepada-NYA..
aku sekali lagi nak buat big turn over dalam karier..terbayang2 surat perletakan jawatan yang aku sediakan kepada eastcomputech..terasa seakan kaki ku ingin melangkah meninggalkan satu lagi jawatan..kali ni jawatan bergaji..

keliru..keliru dengan seribu satu perkara...
apakah keputusan aku tepat?
apakah akan ada ruang untuk aku bernafas diluar sana? setelah aku mendapat keselesaan di east com..diatas kerusi empuk..disediakan meja bersama set komputer..ada aircond..and aku nak meninggalkan semua 'bennefit' tu?

ohhh...aku betul2 keliru..............tapi aku ade reason yang kukuh untuk itu..alasan meninggalkan eastcom..

Sunday, January 3, 2010

10 Kebaikan Coke...Cubalah! !!

Cubalah terai dan buktikan secara saintifik.

Yahoo! FareChase - Search multiple travel sites in one click. 10 kebaikan
air Coke Cola

satu_duo menulis - " Fakta seperti yang tersenarai dibawah adalah kajian
santifik yang dibuat oleh ahli sains kesihatan/so di USA dan Britain
serta laporan dari seluruh dunia mengenai minuman ringan Coke : Coca Cola.

Di dalam kebanyakan negeri di US, kereta peronda lebuhraya akan dimuatkan
2 gallon Coke untuk menghilangkan kesan darah di jalanraya apabila berlaku
kemalangan. Cam pasukan SMART dan bomba kita tu, Harzadous Team. Cuba
tanya Plus Ronda atau Lebuhraya, adakah mereka guna?
Anda di rumah diharap dapat mencuba kajian ini :
____________ _________ _________ _________ _______

1. Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan hancur atau
hilang sama sekali dalam masa 2 hari.. Elok untuk yang berniaga sup tulang!
____________ _________ _________ _________ _______

2. Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air Coke dalam tandas dan biarkan
selama 1 jam dan kemudian 'flush'. Kesan kotoran/hampas akan hilang dari
tindakan 'citric asid' yang berada dalam Coke. Satu bahan gantian untuk
mencuci kalau sabun dah habis! Rasa-rasa buat sabun badan boleh tak?
____________ _________ _________ _________ _______

3. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chrome : Lap
bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya karat
hilang!
____________ _________ _________ _________ _______

4. Untuk menghilangkan kesan 'corrosion' atau hakisan pada skru/nat bateri
kereta : Tuang saja setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta merta.
____________ _________ _________ _________ _______

5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat : Sekali lagi tuang
setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.
____________ _________ _________ _________ _______

6. Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian : Tambahkan setin
Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa. Kesan minyak tu pasti hilang. Kemudian bolehlah minum air basuhan tadi berperisa coke.
____________ _________ _________ _________ _______

7. Cermin kereta anda berdebu/kotor/ melekit ? Celup tuala dengan Coke dan
lap. Pasti bersih. Tak payah guna tin sembur cuci cermin cam jual di
Yawata tu kerana ianya amat mahal!
____________ _________ _________ _________ _______

8. Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia boleh
meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari. Kilang Perwaja/besi mesti suka
ni!

Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang lain
dalam badan yang merupakan punca utama kearah penyakit osteoporosis.

Sila lihat lori yang membawa air sirap Coke dalam lori tangki,[ bukan lori
yang bawa Coke siap dalam botol/tin] pasti dilengkapi dengan tanda amaran
"Bahan Kimia Bahaya" atau"Bahan Penghakis : bahaya".. Lori tangki itu juga
diselaputi bahan penghakis hakisan untuk mengelak lori tu dihakis. .
Tolong jangan letak/parking kereta berhampiran lori tangki yang ada tanda amaran tu, silap-silap tengah bawak kereta, putus 2 sebab hakisan/karat.

Para pengedar minuman Coke telah menggunakannya untuk mencuci bahagian
enjin lori/trak mereka sejak 20 tahun. Wahh...mesti buat overhaul ni!
____________ _________ _________ _________ _______

9. Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coke. Cuba try bancuh
kopi/teh dengan 18 sudu gula tu kat rumah dan minum mesti termuntah tapi
tambahkan citric asid, mesti muka tersenyum. Tambah pula dengan ais!.
Wahh!
Rasa cam minum Coke berperisa kopi. Asid tersebut akan bertindak terhadap
lidah untuk memberi signal kepada otak bahawa air yang diminum tidak
berapa manis. Lidah ngan otakpun kena tipu.

Coke membawa maksud dadah Cocaine. Asal minuman Coke adalah dicipta untuk menghilangkan rasa letih dan mengkhayalkan untuk para pekerja buruh. Cam candu masuk China dulu. Antara isi kandungannya adalah ekstrak dari daun coca [cocaine] dan kacang Cola. Tu yang mai perkataan CocaCola tu.

Cuba rendamkan gigi [gigi yang patah ker tapi kalau nak rendam gigi dalam
mulut tu pun boleh gak] dalam satu mangkuk Coke, pasti gigi tu
hilang/lebur dalam masa 24-49 jam. Yang mana sakit gigi, try cara ni, kot-kot gigi tu bleh hilang!

Kalau anda tak suka minum kopi tapi suka sangat minum Coke, sama jer! Anda
minum Caffein, bahan yang sama dalam 2 minuman tersebut.
____________ _________ _________ _________ _______

10. Di India, negeri Andhra Pradesh dan Chattisgarh secara spesifiknya,
para peladangnya menggunakan Coke sebagai semburan untuk membunuh serangga perosak dalam ladang kapas dan cili mereka. Jadi racun seranggalah pulak.
Saper ada tanam pokok cili kat rumah tu, semburlah Coke untuk bunuh
serangga. Cili tu rasa pedas manis berperisa coke kot? Cubalah!
____________ _________ _________ _________ _______
____________ _________ _________ _________ _______

Syarikat Coke dimiliki oleh pelabur berbangsa Yahudi 100%. Kat Mekah ada
Mecca Cola. Betul ker? Yang pernah pi Mekah bleh confirm kot?

Jadi, sambil-sambil kita minum Coke tu, bolehlah pada masa yang sama cuci
cermin kereta, cuci baju, buka nat skru, cuci tandas , sembur serangga
dll.

Rupa-rupanya Coke ni boleh dibuat bahan gantian emergency jika bahan
cuci/pelincir/ penghakis habis kat rumah. Semua fakta diatas anda boleh
cuba sendiri dirumah jika tak percaya. Yang mana tak pass sains khasnya kimia
dulu masa sekolah bolehlah buat eksperimen sains kimia ni kat rumah.

Tepuk dahi tanya hati....nak minum ke tak? Saya pun minum sekali sekala!
Sama-samalah kita bercoke sambil singgah KFC [Syarikat Yahudi gak!!], time
raya, time parti, time kenduri, time bola piala dunia dll.

Terima kasih kerana memberi masa untuk membaca. Rajin membaca pasti berjaya. Luang-luangkanlah masa untuk membaca.

Saturday, January 2, 2010

muka serius dalam perbincangan...
































































perbincangan diantara abg ha,aku, n ayah tentang futsal...
gambar ni akan describe how serious i am...