Tuesday, January 19, 2010

AKU BERSEDIA....

seringkali dikala saya mengikuti ceramah berbentuk motivasi atau ceramah pemantapan diri,pemotivator mengutarakan tentang tuntutan pengorbanan bagi memenuhi ruang kejayaan..
namun,dikala menerima saranan sedemikian menyebabkan saya terfikir apakah bentuk pengorbanan itu?
dan apakah kepahitan pengorbanan itu boleh dimaniskan dengan sebuah kejayaan yang diimpikan?
percaya atau tidak,sebenarnya hidup kita senantiasa bersama pengorbanan dan kejayaan,cuma sedar atau tidak,itu yang menjadi isu kepada kita...
disaat saya berseorangan diwaktu2 tertentu,saya cuba memeajmkan mata dan mengosongkan minda bagi melihat sejauh manakah erti sebuah pengorbanan dan sejauh manakah nilai sebuah kejayaan...
saya pernah dituntut untuk mengorbankan apa yang dipanggil sebagai keseronokan tido disaat diri saya membulatkan tekad utk memajukan diri...
kini hasilnya semakin menampakkan sinar..
entah bagaimana, tidak terlintas di fikiran saya untuk bergerak sejauh ini...sehinggakan saya hampir mempelajari kesemua cara dan matlamat untuk mencapai sesuatu...
dulu,masih ingat di bayangan hati,apabila soalan yang diutarakan kepada saya,nk jadi ape bila besar nanti?
jawapan saya cukup mudah..PILOT..
sebabnya?saya dikelilingi dengan suasana ketenteraan dan melihat betapa hebatnya seorang Pilot melangkah...
segak..itulah persepsi saya...
namun,cita-cita itu semakin pudar disebabkan saya dikelilingi dengan masyarakat yang dahagakan perhatian dek kerana kesempitan hidup...
saya seakan tidak nampak bagaiman jika saya seorang pilot,saya boleh mengubah hidup masyarakat...
kemudian saya 'korbankan' cita-cita untuk jd pilot dengan terjun ke bidang politik..
satu bidang yang kita seadanya menafsirkan sebagai sesuatu yang agak ekstrim barangkali...
bidang ini menampakkan ada usaha kecil yang dapat dilaksanakan bagi memperjuangkan hak dan kesamaan di antara semua pihak..
tapi sekali lagi pengorbanan menuntut saya meninggalkan bidang politik sementara waktu bagi mencapai sasaran untuk membantu masyarakat..
cara lain saya tak nampak,cuma saya rasa saya boleh membantu dari segi kewangan...
dan kewangan yang kukuh sudah tentu amat mudah diangkat melalui perniagaan..dan sekarang,pengorbanan yang besar pula menuntut agar saya beranikan diri untuk itu...
dan hati kecil saya dgn beraninya menyebut..
"AKU BERSEDIA..."

No comments:

Post a Comment