Sunday, February 27, 2011

BUKU PERCUMA

Assalamualaikum wbt.

Seperti yg saya janjikan mlm ni saya berhajat nak beri buku percuma kepada anda bukan?Ya,semuanya percuma termasuk kos penghantaran.;)
kenapa saya buat ini semua?hanya nk berkongsi ilmu dan isu-isu semasa bersama-sama sahabat saya dalam FB. saya juga mahu terlibat sama dalam revolusi di Malaysia..;)

buku yang saya nak beri percuma tu, bertajuk "REVOLUSI MESIR 2011-Masa Depan Untuk Islam". karangan Al Fadhil Ustaz Fadhli Shaari. Setiausaha akhbar MB Kelantan yang amat saya hormati. Jika saudar/i ingin mengenali dengan lebih dekat,boleh klik disini. ;) juga kalian boleh berinteraksi dengan beliau di FB beliau,boleh klik disini.



Berbalik kita pada buku. Kalian,saya ingin tawarkan kepada kalian 3 BUKU sahaja. saya mohon maaf kerana saya hanya mampu beri 3 sahaja. insyaAllah kalau rezeki saya murah,saya bekalkan lagi..;)

Isi kandungan buku sebagaimana berikut.:)

so siapa yang cepat,die yang akan dapat..;) mcm mana nk jadi org pertama? kalian kena cepat2 message saya
Nama,Alamat dan No Telefon di inbox saya dengan menaip REVOLUSI MESIR. kerana saya takut tersalah hantar buku. hanya message di inbox pada FB saja yang akan saya layan ye..;) harapnya kita dapat bersahabat untuk selamanya.

Kepada yang mahu beli,(jika mahu memiliki secara free,tp tak dapat) saudara/i,dgn izin,saya minta saudara/i jangan anggap saya sebagai penjual buku. tp saya hanya mahu sebarkan saja buku ni. Saudara/i boleh pesan melalui saya dengan SMS pada saya di 013-9397387. Saya akan dapatkan buku itu dari Al Fadhil Ustaz Fadhli Shaari. Harga senaskah RM10.00 + pos ekspress RM3.50. So,total yang perlu di bank in adalah RM13.50.Sekali lagi,saya bukan penjual buku tau. saya hanya mahu bantu saudara/i memilikinya sahaja.;)

saya doakan kita semua diberi hidayah oleh Allah SWT dan dilipatgandakan rezeki. AMEEN.

Bertani Satu Ibadah
Membangun Bersama Islam
Masa Untuk Berubah

Mohd Fadhli Bin Mohd Noor
013-9397387
014-8363144

Thursday, February 24, 2011

Lagu Yg Menaikkan Semangat Saya

Assalamualaikum..;)
salam pada yg sudi membaca,pertama-tamanya saya doakan supaya kita diberi nikmat Iman dan Islam dr Rabb..

Mcm yg saya plan,saya akan coretkan sedikit pasal lagu2 yg saya dengar tika mana saya perlukan internal motivation..;) wah,mcm pe tah kan?xpe,silalah menyampah jika anda rase coretan saya ni menyampahkan hidup anda..;)

saya,stiap pagi akan bukak laptop ataupun phone saya,saya akan pasang lagu ni. saya pun tak tahu tahun bila lagu ni dicipta. namun saya sangat menggemari liriknya.. memang sangat memotivasikan saya..;)

kemudian muncul pula penyanyi yg saya rase ramai minat..Maher zain..lagu yg bertajuk Insya Allah..jugak lagu ni memotivasikan saya..;) tambah pulak kuar yang versi bahasa malaysia.. lirik dalam versi english dan bahasa malaysia benar2 membantu..xpercaya dengarlah..;)

ok la,dua lagu,satu malaysia artis,satu lagi arab..how about english song?saya suka dengar lagu ni..;) lagu dari miley cyrus..the climb..best sgt..saya rasa saya berada dlm lagu ni..;) liriknya,seperti biasa memotivasikan saya..nama tajuk entry ni pun mcm tu kan..hihi..xpe lah..layan aje..;)

Malay dah,Arab pun da,english jugak dah...:)

kalo parti plak..lagu yg menaikkan semangat jihad adalah lagu ni..;) dari shoutul amal..setiap kali ada program parti,lagu ni yg dilaungkan..;) beramal,beramal..amal kerana Allah..
Lagu tema Pas jugak saya suka..;)maklum la,kita org pas..xkan nak minat lagu umno plak kan?mmg bangang la..hehe..Lagu Pas ni kalo sapa yg belum dengar,boleh klik disini..;)

saya yakin,hanya diri kita yang mampu membakar semangat..seperti biasa,kita akan dikelilingi oleh dua golongan..golongan yang menyokong kita,dan golongan yg tidak akan menyokong kita. dua2 bermanfaat sebenarnya..sebagai check and balance dalam hidup kita..;) namun tanpa yakin pada diri,sebenarnya kita tak kemana. saya jugak ada beberapa individu yang tak mahu tengok kita senang pun.. walau sekejap..walau dalam situaisi mana pun..tapi biarlah..asalkan kaki kita kuat berpijak disitu..

ayah selalu berpesan..walau seribu orang syg,tp Allah benci,apalah gunanya. walau seribu org benci,tp Allah xbenci..itu lg baik..:) dan yg lebih baik,Allah syg,manusia juga syg..;)

cukup dulu entry kali ni..;) saya sgt rajin sehari dua ni..;) maaf jika blog saya menyibuk di minda anda..saya hanya memungkinkan untuk jari berceloteh..;)

Kampung Kekal..;)

Akhirat adalah sebuah kampung tempat segala-galanya berkesudahan mengakhiri jalan panjangnya.

Rumah penghabisan dan tempat segala hiruk pikuk dunia ditimbang lalu ditunaikan hak orang-orang yang mempunyai hak serta diambilkan bayaran kekurangan orang-orang yang berbuat curang.

Nun di sana kita akan bersua seperti air sungai yang mengalir berliku kesana ke mari dan bermuara juga pada akhirnya.

Namun, akhirat bukan sekadar tempat berkesudahan yang terpaksa atau tempat pembuangan segala isi alam semesta.

Ya, pada ketetapan Allah, taqdir dan kuasaNya, tidak ada yang boleh lari dari akhirat.

Bagi orang-orang yang beriman, akhirat adalah juga tempat menggantungkan :

1. Cita-cita.

2. Harapan.

3. Puncak kebahagiaan abadi.

Lain pula bagi orang-orang yang bergelimang dengan dosa, bergaul dengan syaitan dan hawa nafsu, akhirat akan menjadi tempat penghempas yang menyakitkan.

Seperti longgokan sampah yang tidak mempunyai kekuatan dibawa arus, mengalir begitu deras bersama air yang mengalir. Lalu kemudiannya terhenti seketika, menebus segala kotorannya dengan cara yang sangat mengerikan.

Ia mungkin dahulu mengatakan seperti yang diabadikan oleh Al-Qur'an :

"Dan tentu mereka akan mengatakan (pula), `Hidup hanyalah kehidupan kita di dunia sahaja, dan kita sekali-kali tidak akan dibangkitkan. '" (QS Al-An'am : 29).

Maka manusia sampah mempunyai pengakhirannya sendiri di kampung akhirat sana sebagai pengakhiran sampah atau bahkan lebih hina dari sampah.

Suasananya sangat mengharukan seperti yang digambarkan di dalam Al-Qur'an :

"Dan, jika kamu (Muhammad) melihat ketika mereka dihadapkan ke neraka, lalu mereka berkata, `Kiranya kami dikembalikan (ke dunia) dan tidak mendustakan ayat-ayat Tuhan kami, serta menjadi orang-orang yang beriman,' (tentulah kamu melihat suatu peristiwa yang mengharukan) ." (QS Al-An'am : 27)

Akhirat :

1. Jauh dan dekatnya sangat bergantung kepada cara kita mengejarnya.

2. Lama dan sebentarnya bergantung kepada bagaimana kita berjalan menuju ke sana.

Sebenarnya kita bertaruh untuk sesuatu yang sangat pasti. Akhirat yang sering dilupakan sepatutnya hadir di setiap sela kehidupan kita, meskipun terasa asing dan tidak tergambarkan.

1. Ia dekat tetapi sering dianggap jauh.

2. Ia tetap nyata, walaupun sering dirasakan sebatas cerita.

Umpama pemangsa bertaring, ia boleh menyergap secara tiba tiba, tapi betapa ramai orang yang tidak pernah menyedarinya.

Akhirat umpama sahabat sejiwa.

1. Ia akan terus melambai jika kita masih jujur padanya.

2. Ia akan merindukan kita bila kita juga merindukannya.

3. Ia akan menyiapkan sambutan untuk kita bila kita masih setia berjalan menuju kepadanya.

Kesetiaan seorang Mukmin yang mencari cinta sejati iaitu cinta yang :

1. Menghidupkan.

2. Memastikan harapan.

Kesetiaan seorang Mukmin yang mengerti bahwa DUNIA hanyalah teman sementara, kawan yang menawarkan :

1. Mawar tapi juga durinya.

2. Madu tapi juga racunnya.

3. Manis tapi juga pahitnya.

Maka, di tengah-tengah kehidupan yang sangat penat dan melelahkan ini, bertanya tentang kampung akhirat yang abadi adalah suatu kemestian.

Di tengah-tengah gemerlapan kehidupan yang memacu peradaban kebendaannya, bertanya tentang khabar sahabat sejati adalah suatu kemestian :

Apa khabar akhirat?

Namun, ia akan lebih berhak bertanya :

1. Apa khabar kita sendiri?

2. Masihkah kita menjadi pengejar akhirat?

Di sini segalanya terasa sangat adil.

1. Bila kita menjauhinya, akhirat pun akan menjauhi kita.

2. Bila kita menghindarinya, ia juga akan menghindari kita.

3. Bila kita mendekatinya, akhirat pun akan mendekati kita.

Kita mesti bersyukur dari sisi yang lain betapa dekat atau jauhnya akhirat boleh kita rasa di lubuk hati yang paling dalam dan di kedalaman iman yang bercahaya di mana kita boleh bertanya pada segala suasana jiwa, gambaran fikiran dan bahkan pilihan selera.

Maka :

1. Tutur kata kita adalah bahasa akhirat kita, menjauhi atau mendekati.

2. Kerja-kerja dan kebanggaan prestasi kita adalah lorong-lorong akhirat kita, menjauhi atau mendekati.

3. Kadar ketinggian ruhani kita adalah tambatan-tambatan akhirat kita, kuat atau lemahnya.

4. Obsesi-obsesi kemanusiaan kita adalah ukiran yang diserlahkan di luar tentang akhirat kita, kukuh atau lemahnya.

5. Jumlah terhitung dari kebajikan-kebajikan kita adalah benih-benih pengharapan akan penerimaan Allah sebagai kunci-kunci akhirat kita, diterima atau tidaknya.

Akhirat, sahabat abadi itu masih menyisakan kesempatan untuk kita setidak-tidaknya hingga saat ini.

Di sini, saat kita masih seperti ini. Jadi, cermin itu ada di sini :

1. Bersama diri kita sendiri.

2. Bersama kadar iman kita.

di tengah-tengah kadar pasang surutnya.

Sementara, segala dosa dan kesalahan kita adalah batuan curam yang menghambat perjumpaan dengan sahabat yang sejati iaitu akhirat yang dirindukan.

Segala yang hidup mempunyai petanda.

Begitu juga dengan akhirat, tempat segala kehidupan sebenar bersaksi, ada banyak petanda :

1. Apakah ia bersama kita atau tidak.

2. Apakah ia mendekat kepada kita atau menjauh.

Pada cermin jati diri itu ada cerita tentang akhirat yang kian menjauhi atau lebih mendekatkan.

Bila suatu hari kita terasa sangat sepi terhadap akhirat, mungkin itu tandanya kita mesti bertanya, adakah akhirat telah menjauhi kita?

Tuturkata kita adalah bahasa akhirat kita, samada menjauhi atau mendekati.

Kerja-kerja dan pencapaian prestasi kita adalah lorong-lorong akhirat kita, samada menjauhi atau mendekati.

Pada semua sela-sela kehidupan yang kita jalani, marilah kita bertanya kepada diri kita dengan sejujurnya, bagaimanakah keadaan akhirat kita?

Ya Allah, jadikanlah hati kami sentiasa terikat dengan akhirat kerana dialah kampung sebenar kami yang kami sentiasa berjalan menuju kepadanya. Limpahkanlah kesedaran ke dalam jiwa kami betapa setiap perkataan yang keluar dari mulut kami dan perbuatan yang lahir dari anggota tubuh badan kami akan dipertanggungjawabk an di akhirat nanti kerana kami memahami bahwa di sanalah setiap manusia dan makhluk yang lain akan mendapat hak yang adil terhadap ketidakadilan yang berlaku di dunia ini.

Ameen Ya Rabbal Alameen

Wednesday, February 23, 2011

HiDaYaH ItU MiLiK Allah SWT

dengan lafaz bismillah..
saya ucapkan salam sayang dengan lafaz Assalamualaikum..

Entry pertama tahun 2011 (walaupun telah lewat) ini berkaitan dengan tajuk yang diberi nama, HiDaYaH ItU MiLiK Allah SWT.

Kalian tentu kenal dengan bob lokman.
siapa bob lokman?
Bob Lokman adalah seorang pengacara,pelakon,pencipta lagu,juri professional untuk rancangan raja lawak,pelawak dan paling penting seorang penghibur.

saya yakin,pasti ramai yang membincangkan pasal penghijrahan besar bob lokman..
bob lokman juga mempunyai laman blog sendiri.. untuk rujukan sila lawati blog ini..

saya juga adalah antara peserta HIMPUNAN 30K PEMUDA PAS..dan bob lokman juga serah borang keahlian PAS beliau..dihadapan lebih daripada 30k pemuda,beliau mengakui sebab2 beliau melakukan penghijrahan itu..



antara yg dihighlight beliau, beliau mempunyai masalah dgn system kehidupan..anak beliau juga mempunyai masalah dgn sistem kehidupan..Anak beliau,turun dr rumah ke sekolah,jam 6 pagi..waktu tu subuh jam 6:15am..anak beliau xsolat..ini antara yang mengubah paradigma beliau kepada kehidupan..saudara bob,tahniah!!!

Juga yang disenaraikan,beliau mendapat hidayah dari saluran yang yanhudi cipta..You Tube..siapa yang xkenal you tube? setiap malam,dia akan melawati laman web ini dgn menonton ceramah tok guru nik aziz..dan bagaimana saluran you tube mampu mengubah hidup beliau.. saluran you tube amat bermanfaat utk dahwah..;)

marilah sama-sama kita berdoa agar hidayah yang telah turun kepada Bob,juga turun pada kita..

video ni adalah ucapan dari bob lokman..sila klik DISINI..