Tuesday, March 22, 2011

Ustaz Azhar Idrus-Basmallah

Assalamualaikum WBT.


Hari ni nak meng “iklan” kan satu siri agama daripada Al Fadhil Ustaz azhar Idrus. Kuliah ini diadakan di masjid kg sireh,kota bharu.

Antara yang ditekankan tentang basmallah. boleh rujuk gambar.
harga VCD saya buat RM15.00 termasuk pos. Kalau berminat boleh SMS 014-8363144 (mohd fadhli)


Tuesday, March 15, 2011

Keistimewaan Hari Jumaat

Jumaat adalah hari penting bagi kaum muslim, dibandingkan dengan hari-hari yang lainnya. Salah satu keistimewaannya adalah umat Islam khususnya lelaki diwajibkan menunaikan solat jumaat di masjid dan hari doa kita berpotensi untuk dimakbulkan.

Mari semak Hadis Rasulullah SAW berikut, “Sebaik-baik hari adalah hari Jumaat. Pada hari itulah diciptakan Nabi adam, dan pada hari itu beliau diturunkan ke bumi, pada hari itu pula diterima taubatnya, pada hari itu pula beliau diwafatkan, dan pada hari itu pula terjadi Kiamat. Pada hari itu ada saat yang kalau seorang Muslim menemuinya kemudian solat dan memohon segala keperluannya kepada Allah,nescaya akan dikabulkan.”- Hadis riwayat Abu Daud,At-Tirmidzi,An-Nasai.


Pada hari Jumaat pula dilakukan solat Jumaat secara berjemaah, ibadah khusus seminggu sekali yang wajib dilakukan oleh kaum Muslim. Tentu sahaja dalilnya mengapa ibadah Jumaat ini wajib dilakukan,Yakni:
  1. Surah Al Jumuah,ayat 9 “Wahai orang yang beriman,apabila diseru untuk melaksanakan solat pada hari Jumaat,maka bersegeralah mengingati Allah dan tinggalkan jualbeli, dan itu lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahuinya”
  2. “hendaklah orang-orang itu berhenti dari meninggalkan solat Jumaat atau kalau tidak,Allah akan menutu hati mereka dan kemudian mereka akan menjadi orang yang lalai.”-Hadis riwayat muslim.
  3.  “Solat Jumaat itu wajib bagi setiap Muslim, dilaksanakan secara berjemaah terkecuali empat golongan; iaitu hamba sahaya,perempuan,anak kecil dan orang yang sakit.” - Hadis Riwayat Abu Daud dan Al-Hakim.
Keutamaan solat Jumaat dinyatakan dalam hadis berikut, Abu Hurairah R.A mengatakan bahawa Rasullullah SAW bersabda, bermaksud “Barangsiapa yang mandi Jumaat seperti mandi junub kemudian berangkat (ke masjid),maka seolah-olah ia berkorban seekor unta. Barangsiapa yang berangkat pada saat kedua, maka seolah-olah ia berkorban seekor lembu. Barangsiapa yang berangkat pada saat ketiga, maka seolah-olah ia berkorban seekor kibas yang bertanduk. Barangsiapa yang berangkat pada saat keempat, maka seolah-olah ia berkorban seekor ayam. Barangsiapa yang berangkat pada saat kelima,maka seolah-olah ia berkorban telur. Apabila imam keluar (naik ke mimbar) maka para malaikat mendengarkan khutbah.”- Hadis Riwayat Bukhari.


CARI REZEKI SELEPAS SOLAT JUMAAT.

Sabda Rasulluah SAW yang bermaksud: “Sesungguhnya Rasulullah SAW membicarakan mengenai Jumaat dan baginda berkata:padanya ada suatu saat yang tidak ditemui oleh hamba (Allah) yang muslim dengan mendirikan solat sambil memohon kepada Allah akan sesuatu, melainkan apa yang dimohonkan akan diberi kepadanya (ia mengisyarakatkan dengan tangannya yang diangkat)”- Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

Hadis itu menerangkan adanya saat yang paling mustajab pada hari jumaat,Dimana permohonan akan dimakbulkan dengan izin Allah. Malah, ulama berselisih pendapat mengenai bila saat yang dimaksudkan itu. Ada berpendapat sesudah terbit matahari syuruk dan ada yang mengatakan sesudah tergelincirnya matahari (Zohor atau Jumaat). Malah ada yang mengatakan sesudah waktu Asar dan selain waktu itu.

Bagaimanapun ada hadis soheh mengatakan saat mustajab doa itu bermula dari khatib berada atas mimbar sehingga selesai solat Jumaat. Dari Abu Al-Asyaari,ia berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud; Sesenggunya saat mustajab itu adalah antara imam duduk diatas mimbar,sampai salam daripada solat.”-Hadis riwayat Muslim.

Jelaslah bahawa ketika khatib berada diatas mimbar dan berkhutbah adalah waktu yang penuh berkat kerana itu adalah segala hidayah Allah disalurkan melalui mimbar. Ilmu dan nasihat agama disampaikan sebagai panduan untuk sekalian.


Khatib sering mengingatkan kita supaya bertakwa kepada Allah, mentaati titah perintahnya,berpegang teguh dengan ajaran Islam sebenar. Khutbah yang baik dapat memupuk kesedaran dan ketaatan kepada Allah, memberi motivasi dan pedoman berfaedah ke arah membina kesejahteraan hidup dunia dan akhirat.
Justeru, kita dituntut datang awal kemasjid, membersih rohani dan menyiapkan diri untuk mendengar khutbah. Kita digalakkan berada di saf hadapan, kerana lebih hampir dengan mimbar yang menjadi saluran hidayah Allah.

Selepas selesai solat Jumaat, bertebarlah dimuka bumi untuk mencari rezeki dan menyelesaikan urusan hidup. Bukannya dengan duduk berjam-jam di dalam masjid sehingga kereta yang diletakkan di tengah-tengah jalan (kerana lewat datang) dibiarkan melintang di tengah jalan sehingga menghalang lalu lintas. Ini tentu menyusahkan orang ramai.

(Artikel yang saya salin balik dalam majalah Milennia MUslim keluaran MAC,Mukasurat 96, ruanagan Akhir Kalam, saya kira sangat bagus buat pedoman kita bersama.)

Mohd Fadhli Bin Mohd Noor
Tumpat
1:33 am
15/Mac/2011

Friday, March 11, 2011

8.9 SKALA RITCHER & TSUNAMI

Salam.

Petang td, masa saya tgh dalam program bersama ADUN Wakaf Bharu, saya mengadap FB dengan Galaxy Tab saya. Mata saya terpana bila membaca berita yang saya pernah saya baca pada 26. Disember 2004 iaitu TSUNAMI.

Rata-rata Facebookers berbicara dan berkongsi video. diantara video berkenaan adalah seperti berikut (sila klik pada nombor dibawah untyuk menonton video):

Friday, March 4, 2011

Ustaz azhar Idrus-Papa Kedana

Assalamualaikum semua.

mcm mana keadaan saudara/i yang saya kasihi?

Post saya kali ni adalah promosi kepada VCD Ustaz Azhar Idrus yang menyampaikan kuliah dhuaha pada 25 Februari 2011 di Medan Ilmu Kota Bharu. Bagi rakyat kelantan,kita telah terbiasa dgn kuliah yang dilaksanakan setiap pagi jumaat. Idea seorang Menteri Besar yang bertaraf ulama’ ni berjaya menyampaikan kefahaman Islam dengan lebih meluas. Telah beratus-ratus Ustaz yang menyampaikan kulian dan telah beribu malah berpuluh ribu yang mendapat manfaat.

Kini kuliah boleh dinikmati bukan saje warga kelantan malah warga seluruh dunia kerana kita telah mencapai kemajuan laman web. link yang sentiasa disebar dalam laman-laman sosial seperti facebook telah melebarkan lagi sayap dakwah.

Pada 25 Februari 2011,tiba giliran Al Fadhil Ustaz Azhar Idrus yang terkenal dengan lawak spontan yang berjaya menyedarkan manusia. Perkataan seperti “berat nanang”, “balik awal kite”, “dok rok cetong”, “die mari pulok” dan lain-lain sentiasa meniti bibir setiap peminat setianya. Kuliah yang beliau sampaikan pada pagi jumaat yang lalu dimulai dengan soalan apa yang kita nak bawa untuk bekalan akhirat itu amat santai,ringan dan saya rasa harus menjadi bahan kuliah untuk anak dan isteri. malahan tidak keterlaluan saya katakan ianya harus dimiliki oleh setiap keluarga yang sayang pada akidah anak-anak mereka.

Kita juga akan disajikan dengan 4 perkara yang sentiasa menanti kita. Bagaimana pengetahuan kita tentang 4 perkara ini mampu mengubah haluan kefahaman kita tentang Islam yang sebenar. Kemudian ditekankan bagaimana sikap samseng itu tak mapu melawan kuasa Allah SWT. Adakah kita sedar dalam kehidupan dunia ni,ada saja yang melawan kuasa Allah. Maka kita harapkan bahawa kita tak termasuk dalam kategori berkenaan.

Paling bagusnya,bagaimana seorang manusia yang hidup dalam dunia mencari dunia,bak kate ustaz azhar idrus, Orang yang duduk dalam rumah tapi masih mencari rumah adalah manusia yang pelik.:)
Yakinlah bahawa dengan memiliki kuliah ini,kalian tidak akan rugi walau satu sen pun.:)

Saya mahu tawarkan kepada kalian VCD berkenaan dengan kos semua sekali serendah RM10.00. saya akan pos vcd tu kepada saudara/i Saudara hanya perlu Bank-in kepada saya dan saya settlekan semuanya,InsyaAllah.;)
hubungi saya di talian 013-939 7387 (Md Fadhli) utk maklumat lanjut.:)

Mohd Fadhli Bin Mohd Noor
013-939 7387
014-836 3144
faddy_7387@yahoo.com.my

VCD USTAZ AZHAR IDRUS

Dr. Yusuf Al Qardhawi dan Al Ikhwan Al Muslimun Ekstreem?

Salam Perjuangan kepada pejuang-pejuang Islam.
Apa Khabar kalian pada hari ni? macam mana dengan amalan kita.

Beberapa minggu lepas,saya terbaca tentang label yang diberikan kapada Dr Yusuf sebagai ekstreem. betul ke? kemudian beberapa hari lalu,saya dapat buku Dr. Yusuf Qardhawi yang bertajuk "Dr. Yusuf Al-Qardhawi dan Al Ikhwan Al Muslimun". buku yang banyak menerangkan tentang organisasi Ikhwan Muslimun. memang meleset benar tuduhannya. 


Lalu saya terfikir kenapa kenyataan ini dikeluarkan kepada ulama' besar dan organisasi Islam? Jahat. sangat jahat niat serong itu. bagi yang sapa2 terasa nak berkenalan dgn Ikhwan Muslimun boleh dapatkan dikedai-kedai.




Ni isi kandungan buku berkenaan sebagaimana gambar diatas.

Kalau saudara mahu beli tapi tak jumpa,boleh hubungi saya di talian 013-939 7387 (Md Fadhli). Harga buku termasuk pos, adalah RM30.00. Kalian boleh sms saya.

Mohd Fadhli Bin Mohd Noor
013-939 7387
014-836 3144
faddy_7387@yahoo.com.my

Wednesday, March 2, 2011

Personaliti

Assalamualaikum kepada pembaca sekalian..;)
Pagi ni sangat indah dengan bunyi kicauan burung dan kokokan ayam yang memecah keheningan fajar. namun tiada yang lebih indah melainkan suara2 yang sentiasa memuji akan kebesaran Allah SWT.

Saya berhajat nak memungkinkan jari saya utk berceloteh tentang personaliti. Kebetulan smalam saya berada di kuliah Customer Behavior di Kampus kota, UiTM Kota Bharu. sebelum ni, banyak kali saya terdengar dan baca pasal personaliti namun kefahaman saya hanya setakat "biasa-biasa" saja. Agak istimewa bila mengetahui tentang personaliti dalam sudut perniagaan. ;)

Benarlah seperti apa yang diajar oleh Junjungan besar Nabi Muhammad SAW tentang kepentingan menuntut ilmu..;) kerana apabila kita belajar, umpama kita menggali perut bumi dan keyakinan untuk bertemu dengan pelbagai hikmah sangat besar. Sepertimana Firman Allah SWT dalam surah Al-Alaq. begitu juga dengan tuntutan besar Nabi Kita yang berbunyi "tuntutlah ilmu dari  buaian hingga ke liang lahat".

Personaliti, banyak yang saya dengar. "Wah,pemuda tu berpesonaliti." Tapi apa tu personaliti? mcm mana kita nak kategorikan si fulan bin si fulan sebagai seorang yang berpesonaliti? Apa indeks yang menunjukkan seorang tu berpesonaliti?

Maksud personaliti dalam maksud wikipedia adalah kombinasi tertentu pola respons emosional, sikap, dan perilaku individu.Dalam buku Customer behavior  pulak,personaliti ditafrifkan sebagai the inner psychological characteristics that both determine and reflect how a person responds to his or her environment atau ciri-ciri psikologi batin yang baik menentukan dan mencerminkan bagaimana seseorang merespon terhadap persekitaran nya.

Dalam customer behavior, ada 3 teori kepada personaliti.
  • Freudian Theory
  • Neo-freudian Theory
  • Trait theory
Insyaallah untuk siri akan datang saya akan terangkan bagaimana Freudian teori,neo-freudian teori dan Trait teori..;)

sekian dulu sikit bingkisan saya sbb saya perlu bersiap untuk bekerja..;)

Mohd Fadhli Mohd Noor.

Tuesday, March 1, 2011

VCD Kuliah Dhuha Ustaz Azhar Idrus

Salam buat saudara seagama..;).
Apa Khabar kalian pada hari ini?


Post saya kali ni mmg agak special sedikit. Beberarapa hari yang lepas,saya telah sedekahkan beberapa keping vcd ustaz azhar kepada sahabat saya di alam maya.:) 


kemudian,saya menerima message di inbox saya di ruangan Facebook yang mahu mendapatkan vcd berkenaan. saya agak terkilan sebab tak mampu memenuhi permintahan sejumlah besar sahabat saya. Lalu saya tawarkan kepada sahabat yang mahu memiliki vcd berkenaan satu penyelesaian.


Apa penyelesaian itu?saya akan TOLONG SAUDARA BELI vcd berkenaan. Dikota bharu vcd berkenaan dibeli dengan harga RM6.50 dan kos bagi pos ekspress,sampulnya adalah RM3.50. jadi saudara/i boleh Bank in pada saya RM10.00,dan insyaAllah saya akan pos sehingga ianya sampai di depan pintu saudara/i.


OH,bagi yang belum mengenali dan ingin mengenali Al Fadhil Ustaz Azhar,boleh klik disini. Ada beberapa kuliah yg saya ambil dari You Tube.;)


VCD kuliah dhuha tu bertajuk Papa Kedana. saya cerita sedikit pasal isi kandungan ceramah berkenaan.
Ustaz Azhar bercerita pasal bagaimana kehidupan dunia menipu kita. Bagaimana menjadi ibubapa yang baik..;) milikilah. nescaya anda tak rugi. harga nya cuma RM10.00 dan vcd tu sampai ke rumah anda..;)


Saya beli vcd tu di Kota Bharu hanya 10 Keping. siapa yang berminat boleh sms pada saya di no 013-939 7387.


Mohd Fadhli Mohd Noor
http://bendangluasboy.blogspot.com
faddy_7387@yahoo.com.my