Wednesday, March 2, 2011

Personaliti

Assalamualaikum kepada pembaca sekalian..;)
Pagi ni sangat indah dengan bunyi kicauan burung dan kokokan ayam yang memecah keheningan fajar. namun tiada yang lebih indah melainkan suara2 yang sentiasa memuji akan kebesaran Allah SWT.

Saya berhajat nak memungkinkan jari saya utk berceloteh tentang personaliti. Kebetulan smalam saya berada di kuliah Customer Behavior di Kampus kota, UiTM Kota Bharu. sebelum ni, banyak kali saya terdengar dan baca pasal personaliti namun kefahaman saya hanya setakat "biasa-biasa" saja. Agak istimewa bila mengetahui tentang personaliti dalam sudut perniagaan. ;)

Benarlah seperti apa yang diajar oleh Junjungan besar Nabi Muhammad SAW tentang kepentingan menuntut ilmu..;) kerana apabila kita belajar, umpama kita menggali perut bumi dan keyakinan untuk bertemu dengan pelbagai hikmah sangat besar. Sepertimana Firman Allah SWT dalam surah Al-Alaq. begitu juga dengan tuntutan besar Nabi Kita yang berbunyi "tuntutlah ilmu dari  buaian hingga ke liang lahat".

Personaliti, banyak yang saya dengar. "Wah,pemuda tu berpesonaliti." Tapi apa tu personaliti? mcm mana kita nak kategorikan si fulan bin si fulan sebagai seorang yang berpesonaliti? Apa indeks yang menunjukkan seorang tu berpesonaliti?

Maksud personaliti dalam maksud wikipedia adalah kombinasi tertentu pola respons emosional, sikap, dan perilaku individu.Dalam buku Customer behavior  pulak,personaliti ditafrifkan sebagai the inner psychological characteristics that both determine and reflect how a person responds to his or her environment atau ciri-ciri psikologi batin yang baik menentukan dan mencerminkan bagaimana seseorang merespon terhadap persekitaran nya.

Dalam customer behavior, ada 3 teori kepada personaliti.
  • Freudian Theory
  • Neo-freudian Theory
  • Trait theory
Insyaallah untuk siri akan datang saya akan terangkan bagaimana Freudian teori,neo-freudian teori dan Trait teori..;)

sekian dulu sikit bingkisan saya sbb saya perlu bersiap untuk bekerja..;)

Mohd Fadhli Mohd Noor.

No comments:

Post a Comment