Saturday, July 17, 2010

planner bernama Mat Jenin...




salam..
pernah kan bukan kalian diceritakan dengan ceritera rakyat seperti Mat Jenin,Lebai Malang,Si luncai dan sebagainya.

lalu ape pengajaran yang kita dapat?saya mengambil Mat Jenin sebagai contoh. seingat saya,sepanjang 23 tahun saya diberi nikmat kehidupan saya, xpernah walau sekalipun orang mengingatkan saya tentang perancangan Mat Jenin. Acap kali, pesanan seperti jgn berangan seperti Mat Jenin yang kedengaran. setelah 23 tahun dimanifestasi dengan pengajaran ke arah itu, saya cuba mengalih arah pemikiran saya dengan melihat Mat Jenin dari sudut pandangan yang agak berbeza. saya cuba mencari dimana silapnya cerita Mat Jenin itu. Apakah semua cerita rakyat ini berorientasikan kecelakaan kepada org melayu?adakah ini cerita yang direka oleh Bangsa Penjajah untuk melemahkan pemikiran melayu? cuba perhatikan hampir kebanyakan cerita ini menjatuhkan pemikiran kita. atau ianya adalah tindakan melayu berfikiran sempit yang mahu menyempitkan fikiran kita. Itu mungkin fiksi saya yang jahil pasal kesusasteraan.

Mungkin disaat mereka2 yang mengambil langkah kekanan untuk mengambil iktibar dari Sudut A,saya mahu mengambil jalan kiri. dengan melihat Mat jenin sebagai perancang yang hebat. seandainya, Mat Jenin dalam pentadbiran seseuatu perniagaan,nescaya beliau, boleh diangkat sebagai CEO. Namun apakan daya beliau mati kerana jatuh pokok kelapa. dan yang tinggal hanyalah setakat cerita dan kematian Mat Jenin tanpa kubur dan nesan.

Enggan menceritakan secara terperinci cerita Mat Jenin kerana saya cukup yakin akan ketahuan kita semua dalam cerita ini, saya cuba petik beberapa kerat dari cerita ini untuk menguatkan hujah saya.

Mat jenin ketika saatnya dia memanjat pokok kelapa, die bercita2 membeli anak ayam daripada upahnya,kemudian dibelanya ayam itu sehingga membiak dengan banyak sekali. selaps itu bolehlah dia menjualnya untuk dibelikan kambing. dijaga nya kambing sehingga membiak dan boleh diturkan dengan lembu dan kerbau. seterusnya kerbau dan lembu itu boleh dibelinya sebuah kapal dan membeli sebuah pulau dan boleh memilik seorang puteri raja.

inilah vision mat jenin. Bermula dari kecil dan bertambah besar. dan melakukan bisness diversification dengan baik. perhatikan perancangan mat jenin. Kalo ditanya pada kita, mesti visi kita berbeda. Bermula dari memanjat kelapa,kemudian menanam kelapa. tp mat jenin cekap mendivesifikasikan perniagaan itu.

walaupun usahanya nampak keterlaluan, namum masa jangka tidak boleh dalam seminggu. mat jenin mengajar supaya kita sentiasa berfikir dan bekerja. orang yang berusaha itu org yang berjaya. biarlah mereka2 itu dalam sudut A, namun saya memilih untuk berada di sudut B.

saya melihat mat jenin sebagai perancang yang Hebat.
Mat jenin: i have a dreams master plan...


gambar sekadar hiasan.respek pada KRU,pemikirannya jauh.

Sunday, July 11, 2010

kuda tunggangan

salam..
mari berceloteh tentang kuda tunggangan bagi setiap lelaki..
bila bercerita tentang kuda tunggangan,mesti setiap lelaki ada citarasa tersendiri..
ada yang menggemari superbike..ade yang menggemari skuter..namun,citarasa saya terrarah kepada extreme bike..
ape lagi kalu bukan motorcross..
saya mungkin pelik jika nak dibandingkan ngan setengah2 yang lain..namun,itulah saya...
teringin sgt memiliki sebuah motorcross atau sebuah ATV..
walaupun pelik,namun, itulah saya..

setiap hari saya berangan nak ada motorcross..sampaikan saya punya teman sehati berdansasaya pun agak gembira bahagia 'jemu' dgn celotehan saya untuk memiliki kuda tunggangan tu. hehe. to Miss Sarah,jgn bimbang,ianya sekadar kuda tunggangan saya..





























Tuesday, July 6, 2010

Muhammad Al-Fateh

sewaktu saya sedang nyenyak dibuai mimpi pada pagi ahad (27/06/2010), saya dikejutkan oleh panggilan telefon dari hospital. kakanda tercinta, Nurulhuda sudah berada di bilik bersalain. tepat Jam 8:11 am, lahirlah seorang bayi yang pertama diantaranya. kenapa saya zahirkan sebagai pertama?beliau merupakan anak sulung kakanda bersama suami tercinta. juga cucu sulung kpd kedua ayah dan bonda. dan semestinya ia merupakan anak saudara sulunung saya. apa panggilan nya nanti?Ayah ngah?tidak..saya memilih untuk dipanggil ayah li. lebih mesra begitu. walaupun sebenarnya nak nampak muda..hehehe...

Saya bertanya kepada abang ipar saya. siapa nama anak nanti. Ringkas dan bersahaja, beliau menjawab, MUHAMMAD AL-FATEH. Sepanjang perjalanan pulang saya dari kota bharu,kepala saya ligat memikirkan,kenapa MUHAMMAD AL-FATEH? kemudian saya jujurkan persoalan saya kepada apa yang kita namakan sebagai pencarian internet. saya taip MUHAMMAD AL-FATEH, kemudian, keluar satu nama yang saya yakin mengubah persepsi saya pada nilai sebuah nama yang digelar MUHAMMAD AL-FATEH.

SULTAN MUHAMMAD AL-FATEH,

PENGENALAN

Baginda dilahirkan pada 29 Mac 1432 Masihi di Adrianapolis (sempadan Turki – Bulgaria). Walau bagaimanapun, sejarah hidup Baginda sebenarnya telah bermula hampir 800 tahun sebelum kelahirannya kerana telah disebut sebagai “sebaik-baik raja” di dalam Hadis tadi. Baginda juga dikenali dengan gelaran Muhammad Al Fatih kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.

Baginda menaiki takhta ketika berusia 19 tahun dan memerintah selama 30 tahun (1451 – 1481). Baginda merupakan seorang negarawan ulung dan panglima tentera agung yang memimpin sendiri 25 kempen peperangan. Baginda mangkat pada 3 Mei 1481 kerana sakit gout. Ada ahli sejarah berpendapat Baginda mangkat diracun.

PENDIDIKAN

Baginda menerima pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu. Di dalam bidang keagamaan, gurunya adalah Syeikh Shamsuddin Al Wali dikatakan dari keturunan Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq ra. Di dalam ilmu peperangan pula, Baginda diajar tentang tektik peperangan, memanah dan menunggang kuda oleh panglima-panglima tentera.

Guru al-fatih berserban putih di sebelah kuda

Di dalam bidang akademik pula, Baginda adalah seorang cendekiawan ulung di zamannya yang fasih bertutur dalam 7 bahasa iaitu Bahasa Arab, Latin, Greek, Serbia, Turki, Parsi dan Hebrew. Di dalam bidang Ilmu Pemerintahan pula, ayahanda Baginda , Sultan Murad II, dengan tujuan mendidik, semasa pergi bersuluk ke Pulau Magnesia, telah melantik Baginda yang baru berusia 12 tahun memangku jawatan Khalifah. Dalam usia semuda ini Baginda telah matang menangani tipu helah musuh.

KEPERIBADIAN

Baginda sentiasa bersifat tawadhu’ dan rendah diri . Semasa membina Benteng Rumeli Hissari, Baginda membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir hingga ulamak-ulamak dan menteri-menteri terpaksa ikut sama bekerja

Baginda seorang yang sentiasa tenang, pendiam, berani, sabar, tegas dan kuat menyimpan rahsia pemerintahan. Baginda sangat cintakan ulamak dan selalu berbincang dengan mereka tentang permasalahan negara.

PERSIAPAN AWAL MEMBEBASKAN CONSTANTINOPLE

Selama 2 tahun selepas menaiki takhta, Baginda mengkaji pelan Kota Costantinople setiap malam bagi mengenal pasti titik kelemahannya. Baginda juga mengkaji sebab-sebab kegagalan kempen-kempen terdahulu serta berbincang dengan panglima-panglima perangnya tentang tentang strategi yang sesuai untuk digunakan.

Baginda mengarahkan dibina peralatan perang termoden seperti meriam besar yang boleh menembak bom 300 kg sejauh 1 batu. Benteng Rumeli Hissari dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang 5 batu dari Kota Constantinople di mana Selat Bosphorus adalah yang paling sempit. Ia dibina bertentangan dengan Benteng Anadolu Hisar di tebing sebelah Asia yang telah dibina oleh Sultan Bayazid Yildirim dahulu. Benteng ini mengawal rapi kapal-kapal yang melintasi Selat Bosphorus. Perjanjian damai dibuat dengan pihak Wallachia, Serbia dan Hungary untuk memencilkan Constantinople apabila diserang nanti.

Baginda membawa bersama para ulamak dan pakar motivasi ke medan perang bagi membakar semangat jihad tenteranya. Sebaik sahaja menghampiri dinding kubu Kota Constantinople, Baginda mengarahkan dilaungkan Azan dan solat berjemaah. Tentera Byzantine gentar melihat 150,000 tentera Islam bersolat di belakang pemimpin mereka dengan laungan suara takbir memecah kesunyian alam.

MELANCARKAN SERANGAN KE ATAS CONSTANTINOPLE

Setelah segala persiapan lengkap diatur, Baginda menghantar utusan kepada Raja Bizantin meminta beliau menyerah. Keengganan beliau mengakibatkan kota tersebut dikepung. Pada 19 April 1453, serangan dimulakan. Kota tersebut hujani peluru meriam selama 48 hari. Setengah dinding luarnya rosak tetapi dinding tengahnya masih teguh.

Menara Bergerak

Seterusnya Baginda mengarahkan penggunaan menara bergerak yang lebih tinggi dari dinding kubu Byzantine dan memuatkan ratusan tentera. Tentera Byzantin berjaya memusnahkan menara tersebut setelah ianya menembusi dinding tengah kubu mereka.

Bantuan Dari Pope Vatican

rantai merentang teluk horn

Pope di Rome menghantar bantuan 5 buah armada yang dipenuhi dengan senjata dan tentera. Perairan Teluk Golden Horn direntang dengan rantai besi untuk menghalang kemaraan armada Usmaniyah. Ini menaikkan semula semangat tentera Bizantin.

rantai yang digunakan rantai merentangi teluk horn

Melancarkan Kapal Perang Dari Puncak Gunung

Kegembiraan mereka tidak lama. Keesokan paginya, mereka dikejutkan dengan kehadiran 72 buah kapal perang Usmaniyah di perairan Teluk Golden Horn. Ini adalah hasil kebijaksanaan Baginda mengangkut kapal-kapal ke atas gunung dan kemudian diluncurkan semula ke perairan Teluk Golden Horn. Tektik ini diakui sebagai antara tektik peperangan (warfare strategy) yang terbaik di dunia oleh para sejarawan Barat sendiri. Kapal-kapal itu kemudiannya membedil dinding pertahanan belakang kota.

kapal merentasi gunung-laluan coklat di blakang kanan

Kapal-kapal perang tentera Byzantin habis terbakar kerana bedilan meriam Usmaniyah. Pertahanan Byzantin menjadi semakin lemah. Baginda mengambil kesempatan pada malamnya dengan memberikan semangat kepada tenteranya serta mengingatkan mereka kepada Hadis Rasulullah saw dan bersama-sama berdoa kepada Allah swt.

Memanjat dan Melastik Dinding Kota

Keesokan paginya tentera Usmaniyah cuba memanjat dinding dalam kubu dengan tangga dan cuba merobohkannya dengan lastik besar. Tentangan sengit pihak Byzantin menyebabkan ramai yang syahid. Baginda memerintahkan tenteranya berundur dan bedilan meriam diteruskan sehingga tengahari.

Karisma Seorang Pemimpin

Pengepungan selama 53 hari tanpa sebarang tanda-tanda kejayaan telah menimbulkan rasa bosan dan menghilangkan keyakinan tentera Baginda. Pada saat yang genting ini Baginda berucap menaikkan semangat tenteranya, “Wahai tenteraku, aku bersedia untuk mati di jalan Allah. Sesiapa yang mahu syahid ikutlah aku!”.

Mendengarkan itu, Hasan Ulubate, salah seorang tentera Baginda mengetuai sekumpulan kecil 30 tentera membuka dan melompat masuk ke dalam kubu musuh lantas memacak bendera Islam di situ. Mereka kesemuanya gugur syahid setelah dihujani anak panah musuh. Kemudian tentera-tentera Islam menyerbu bertali arus menembusi barisan pertahanan Byzantin sambil melaungkan kalimah Allahu Akbar.

Penawanan Constantinople

Pada 29 Mei 1453, Kota Constantinople jatuh ke tangan Islam. Baginda menukar namanya kepada Islambol (Islam keseluruhan) . Gereja Besar St Sophies ditukar kepada Masjid Aya Sofiya. Baginda dengan tawadhuknya melumurkan tanah ke dahinya lalu melakukan sujud syukur. Semenjak peristiwa inilah Baginda diberi gelaran “Al Fatih” iaitu yang menang kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.

SEBAIK-BAIK RAJA DAN SEBAIK-BAIK TENTERA

Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya, “Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!”. Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.

Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!”. Sebahagian daripada tenteranya duduk.

Kemudian Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!”. Kali ini semuanya duduk, kecuali Sultan Muhammad Al-Fatih sendiri. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajjud sejak baligh . Inilah dia anak didikan Syeikh Shamsuddin Al Wali. Bagindalah sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah saw di dalam Hadisnya itu.